Mangsa maut digilis keretapi berhampiran jejantas di Bukit Mertajam kelmarin.

Kepala putus digilis kereta api | BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki yang dipercayai warga asing maut digilis kereta api di bawah jejambat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Ab Lah berkata, lelaki yang berusia 30-an itu ditemui tertiarap manakala bahagian kepalanya putus di atas landasan.

“Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 8.35 malam itu, sebuah keretapi barang dari Utara melalui kawasan tersebut dan melanggar mangsa yang sedang meniarap.

“Bagaimanapun, kejadian itu hanya disedari pemandu lokomotif berikutnya yang melalui kawasan tersebut dan membuat laporan polis

“Mayatnya dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat,” katanya.

Mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya itu bertubuh kurus, memakai seluar pendek biru berbelang serta berbaju T kelabu dan bertatu di bahagian kaki kanannya.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Bagaimanapun, mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga boleh berhubung dengan Balai Polis Bukit Mertajam.

“Siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenal pasti identiti mangsa,” katanya.-sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top