Kedatangan Psy Di Taja Oleh Mega Ultimate | Oleh kerana ramai yang menyatakan kehadiran Psy adalah satu pembaziran wang rakyat, Ketua Pemuda Pulau Pinang, Oh Tong Keong memberitahu yang segala perbelanjaan untuk membawa Psy ke Malaysia adalah dikeluarkan oleh Mega Ultimate, sebuah syarikat event management. Kata Oh kepadaTheMalaysianInsider:-
Tiada duit kerajaan atau duit cukai digunakan untuk kehadiran Psy ke Malaysia. Kedatangan Psy adalah diatur dan ditaja oleh Mega Ultimate, sebuah syarikat event management. Malah makanan dan persediaan yang lain turut ditaja oleh beberapa syarikat lain.
Dikatakan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membawa Psy ke Malaysia mencecah USD750,000 (RM2.3 juta). Jadi kepada rakyat Malaysia, anda tak perlu risau kerana tiada duit anda yang digunakan untuk perkara ini. Sila rileks dan enjoy kehadiran Psy dengan tarian Gangnam Stylenya pada 11 Februari kelak.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top