Hafiz Mengaku Sedang Menjalin Hubungan Dengan Seseorang | PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz akhirnya mengakui dia sedang menjalin hubungan dengan seorang wanita yang dikenali hampir setahun lalu.
Pemilik nama penuh Mohd Hafiz Mohd Suip, 23, berkata, dia membuat keputusan untuk mendedahkan perkara itu kerana tidak mahu terus ditanya mengenai teman wanita selepas hubungannya dengan penyanyi Adira putus.
“Sampai bila saya hendak mengelak daripada ditanya (media) mengenai status hubungan?
“Jadi selepas berfikir panjang, saya ambil keputusan untuk berterus-terang sahaja apabila ditanya mengenai kekasih,” katanya ketika ditemui mStar Online.
Penyanyi lagu Ku Akui itu berkata, bagaimanapun dia tidak bersedia untuk mendedahkan identiti wanita itu atas permintaan kekasihnya yang enggan mendapat tempias populariti buat masa ini.
“Dia bukan orang dalam industri hiburan pun dan tidak mahu identitinya diketahui umum. Jadi saya tidak boleh dedahkan lebih terperinci mengenai dirinya.
“Cukuplah saya akui saya sedang bercinta sekarang,” katanya yang mengakui hubungan itu berada pada tahap yang stabil.
Sebelum ini, Hafiz pernah menjalin hubungan dengan penyanyi Adira selama hampir setahun.
Ditanya pula mengenai kerjaya, Hafiz berkata, dia terpaksa berehat panjang kira-kira tiga minggu daripada sebarang aktiviti nyanyian kerana mengalami sakit tekak yang serius.
“Mungkin sebab tidak cukup rehat dan saya jenis suka memaksa lontaran vokal ketika menyanyi.
“Saya susah hendak sakit tapi kalau kena sekali memang teruk jadinya.
“Doktor kata, kalau tidak berehat mungkin saya tidak boleh menyanyi langsung untuk tempoh enam bulan,” katanya yang terpaksa menangguhkan rakaman album terbaharunya gara-gara penyakit itu.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top