Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit/Ditindih Ketika Tidur | Saya tidak menafikan bahawa kebanyakan daripada kita pernah mengalami kejadian pelik ketika kita sedang tidur. Sama ada ianya ialah mimpi pelik, mimpi ngeri, tidur berjalan dan sebagainya. Tetapi satu topik yang selalu dibicarakan dan menjadi tanda tanya kepada masyarakat umum ialah ‘Dihempap Ketika Tidur‘.

Dihempap Ketika Tidur

Untuk pengatahuan anda, dihimpit ketika tidur merupakan satu fenomena dimana badan kita terasa seperti ditindih atau lumpuh ketika tidur dan dipercayai berkaitan dengan perkara mistik. Penulis percaya, tak ramai daripada anda yang akan percaya dengan apa yang akan diceritakan nanti, hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang akan faham kebenaran entri ini.

Satu soalan yang selalu dikemukakan kepada saya ialah: “Betul ke bang kalau waktu tidur, kita dihempap dan itu ialah satu jenis gangguan makhluk halus? Atau pun ianya sekadar mainan tidur dan masalah fisiologi dan psikologi sahaja? Kalau benar ianya gangguan makhluk halus, bagaimana kita hendak membezakannya?”

Ini ialah satu persoalan yang mudah penjelasannya. Sejak dahulukala lagi masyarakat Asia telah dimomokkan dengan mitos dan ketahyulan mengenai subjek ini : tiada kaedah dan penjelasan yang jelas. Tidak terkecuali juga perawat perawat tradisional yang tua dan muda, pernah saya tengok tergagap gagap nak menjawab soalan mudah seperti ini.

Didalam istilah sains, dihimpit atau dihempap ketika tidur ini digelar sebagai ‘sleep paralysis’.. Sleep paralysis nih terjadi akibat tidur kita terlalu lena dimana semua organ badan kita berehat kecuali otak (medulla oblongata), jantung dan paru-paru sahaja.. Ketika kita sedang syok tidur tuh tiba-tiba otak kita teraktif sedikit maka, secara automatiknya kita akan sedikit tersedar ketika masih didalam fasa tidur dimana keadaan anggota badan kita ketika itu masih lagi didalam keadaan rehat (tidur).. Jadi akibat dari itu, kita akan merasakan badan kita seolah-olah lumpuh dan langsung tidak boleh bergerak serta sedikit lemas, ape lagi.. panik terus la kan?

Akan tetapi sehingga ke hari ini, saintis masih lagi tidak dapat mengkaji bagaimana mimpi ngeri itu boleh wujud disaat kita kena himpit tu misterikan?

Percayalah pada saat itu kita sebenarnya masih belum tersedar sepenuhnya, tetapi hanya separa sedar sahaja.. sebab itulah kita akan terasa sangat-sangat mengantuk dan juga mamai giler semasa kena himpit tuh.. apabila kita cuba untuk meronta-ronta, kita akan merasakan bahawa badan kita seolah-olah bergerak sikit-sikit tetapi hakikatnya badan kita sedikit pun tidak bergerak

Satu lagi, kita juga tidak akan dihimpit apabila kita tidur didalam keadaan duduk, memang sangat-sangat misteri! Akan tetapi, kita sebagai umat islam memang tak salah untuk percaya bahawa itu adalah gangguan syaitan. Rasullullah saw pun pernah menyebut tentang perkara ini kalau nak lebih detail lagi sebaiknya rujuk Ustaz ataupun Ustazah.

Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika Tidur

Kaedah Islam

Untuk pengatahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:

الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ

Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.

Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.

Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.

Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).

Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.

Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.

Bagi yang pernah alami gejala Dihempap Ketika Tidur penulis harap anda sudi kongsikan pengalaman anda.


Posting Komentar

  1. saya pernah 2 kali. tetibe tersedar(Separuh sedar) nak bangon takleh.

    BalasHapus
  2. saya pernah kene tindih 2 kali, pengalamn pertama semasa mula2 tinggal kt blok lama, pengalaman ke2 masa seminggu lps dftr masuk asrama baru kt universiti,keadaan dia mmg kte tersedr,tpi bdn x mmpu nk bergerak lnsng,spruh sedr mase tu,just istighfr bnyk2,mmg x berdaya langsung,last2 lawan sekuatnya ,alhamdulillah smuanya oke :')

    BalasHapus
  3. sya pernah 3 kali mcm tu gak...kena himpit....lemas gila ni jari hujung sya pun tak boleh gerak....sya cuba gerakan ibu jari kaki sya baru sya terlepas dari di himpit....sakit gila oo

    BalasHapus
  4. Seumur hidup x ingat dah brp kali kne..banyak sangat.kedua pendapat sebab berlaku itu adalah benar.bezanya apabila kita dapat sedar spenuhnya dan apabila kita tidur balik kejadian itu berulang sertamerta tandanya kemungkinan besar ada gangguan dan sebaliknya.

    BalasHapus
  5. Saya nk kongsi skit masalah tdur saya...ketika dlm keadaan separa sedar,kepala dan telinga saya jadi berdesing yg agak kuat...saya cuba membaca surah Yasin (dalam hati),tapi desingan bertambah kuat,jika saya cakap ayat biasa (dalam hati),rasa berdesing akan turun semula...saya cuba tenangkan diri saya dan memaksa supaya saya tersedar dgn membuat diri saya seperti mengalami kejutan...selalunya saya berjaya tersedar...pening saya fikirkan hal ini kerana ia kerap berlaku...mohon pandangan...

    BalasHapus
    Balasan
    1. Stuju...biasenye bc ape2 surah dlm alquran akan lbih berdesing.. Lg kuatkite bc lg kuat desingan... Sye lbih pcaye ianya gngguan krn spare sdar bdn kita lgsg xbfungsi & lmah... Jd disitula makhluk yg hntah ape2 mngmbil ksmpatan...

      Hapus
  6. salam...sblum ney sya slalu dgar org cte je sal kne tindih ney sume..xpenh pulak kne...tp ble dh kne memg syg xley lupe smpi ble2x...semue ney jd ble sye dduk di blik single di atas blok kdai..spatotnya kt sne ade beberapa pnuntut universiti yg laen..tp disebabkn diorg cuti,,memg sye dduk sorg2x dkat floor 2..spnjg sye dduk sane memg sush sye nk tdo..tiap mlam sye trjge..smpi sye trauma...sye penh ditindih dua kali kt blik 2...memg sye tkut sgat2x...smpi ade 1 mlam 2 sye kol kwan utk hntr sye ke blik kwan yg laen(pertama kali ditindih)..dan apabila kali kedua,,saye terus ambil kputusan untuk tgal di bilik kwan..lpas sya dah alami bru saya prcye mende ney sume..memg mimpi ngeri..

    BalasHapus
  7. sebelum kene tindih telinga saya mesti berdesing dulu.fuhhh

    BalasHapus
  8. Da byk kali kena...,first kne mase umur 12...skrg da 25 pun kne lg...smlm bru je kne....ad ke patut die campak myt baby kt atas aku...2 kali lak tu....pnt nk alih....sbo jela......

    BalasHapus
  9. Salam, saya selama 21 tahun sering tidur dihempap entah bende ape ntah! pernah tersedar dari kene tindih dan nampak pocong 2x! selain tu banyak kali jugak mendengar, terlihat bende2 yg menyeramkan..pernah rasa ditampar semasa cuba membaca al-fatihah untuk melepaskan diri. sekarang tidak lagi, setelah berubat tradisional..alhamdulillah...syukur kepadaNya.

    BalasHapus
  10. Amalkan sebelum zzzzz...tu, baca surah al baqarah 255 (ayat kursi) + 3-qul (al ikhlas 3x, al falaq 3x dan An naas 3x). In shaa Allah, mimpi awek jer :-P kalau tak pun mimpi kena patuk ulor! Esok kawen ;-)

    BalasHapus
  11. sy prnh bbrp kli kena...istilah sains d ats 2 rsanya xleh pkai kot sbb mcm yg sy prnh alami,sy bru je baring n nk tdo...bru 2@3minit pejamkn mata trus rsa d tindih...xkn la bru 2@3minit pejam mata dh sleep paralysis?

    BalasHapus
    Balasan
    1. Ya, sebab pengalaman saya sendri, dari kecil 8 tahun smpai umur saya 23 sekarang, masih berlaku. Memang, tak smpai 5 minit, sy sndri pun pnh kena byk kali. Sleep paralysis ni tak kira brpa lama kita tidur untk terjadi. Tetapi bergantung pada tahap lelah tubuh dan jangka masa untk kita tidur tahap REM.

      Hapus
  12. Dekat ofis saya selalu tido duduk atas kerusi.. boleh jer kene tindih dek hantu tu...

    BalasHapus
  13. Nie kes curi tulang lah ye tido dalam opis atas kerusi semasa time keje..
    Banyak lah dia punya tuang hahaha...

    BalasHapus
  14. sy jga prnah mngalaminya ktika brada d asrama lbh krg 2 thun lpas..sy ingin mmbuka mlt utk mngatakn ssuatu..tpy tdk brdya..suara bgaikn xmhu kluar sdikit pun...agk mngerikan dn trauma utk tdur jgk laa 2-3 mlm lpas 2..

    BalasHapus
  15. kalau nak elak dihimpit ketika tidur, azan sebelum tidurm insyallah takkan ada gangguan seperti ini.

    BalasHapus
    Balasan
    1. Tidak perlu.. memadai lah jika tidur mengiring menghadap kanan sperti Rasullulah saw tidur.

      Hapus
    2. Memang tidur ikut cara Rasulullah saw. Tapi still kene jugak

      Hapus
  16. sy slalu kn..kelmarin plg terbaru...selalunya sblm nak kena 2, sy blh rs benda 2 dtg, pas2 redha jelah sbb mmg xleh lari..apa yg selalu sy buat, tenangkan diri n bc 3 kul, ayat kursi n zikir..tp kelmarin saja nk cb jerit sbb suami dpn mata blm tido lg..tp mlg, xde bantuan yg dtg. esoknya bl sy tnye, katanya x dengar pun sy jerit..aduh...

    BalasHapus
  17. Aku selalu kena hampir tiap2 mlm. Kalau wktu mlm tu aku teringat mcm aku akan kena tindih, then nt bila aku da tido aku tkene. Memang drp kecik aku selalu kene. Sedih gak, takut pun ada takut mati lemas. Lg 1 klo aku tido tutup pintu dalam gelap gelita pun mesti kne. Payoh la

    BalasHapus
  18. pernah sekali masa kecik-kecik 5-6 tahun. padahal bantal nipis je kat atas badan. bile dah alihkan bantal, dalam keadaa separuh sedar time tu, badan tak boleh gerak sampai sesak nafas. alhamdulillah boleh bangun jugak.

    BalasHapus
  19. saya penah kena tindih, baru je nak tido dah kena,bilik ada aura kuat rasanya mugkin maklus halus jin dan syaitan,penah juga masa umur 9 tahun kena tindih dia ikat badan dan bawa ke tempat lain,nampak banyak syaitan yang bertanduk sekita bilik masa tu time demam x leh nak bangun baca mana yang igt je..sekarang dah xkena amalkan 3 qul besar fahilatnya

    BalasHapus
  20. ~Tee - sebelum nak tido tu baca la "Laahaulawala Quwwataillabillah...smpai abis..pastu sapu tempat tido kite tu 3X..selain dripda baca Alfatihah & 3Qul,.. :) semoga tidurmu tidak diganggu lagi.. inshaaAllah..

    BalasHapus
  21. hehehee...ape yg di katakan dgn mengamalkn bacaan 3 qul sblm tidur mmg betul..dan melawan dgn ayat qursi stlh trkene juge boleh d lakukn..dan pelbagai rupe bntuk yg kite nmpak bile buke mate pon betul..ade yg kate pocong, 'bdn besar' brbulu n itam pon betu..yg sampai cmpak bayi kat kite pon ade klu kite buka mate pon betul...so,sbg nak kongsi, klu xnak tgk bende2 yg seram ni, cube jgn bukak mata klu terkene..cube lawan dgn ayat qursi sehingge salah satu anggota bdn dpt bergerak..bile dah dpt gerak,baru lah alih tmpat tidor atau posisi tidur..klu xnk kene lagi,bace 3 qul sblm sambung tido..klu nk kene balik, cube tido balik stlh trjage dr di tindih tanpe bace ayat2 quran..cnfrm akan kene balik...saye penah wat bende ni...mule2 saje nk lawan balik 'bende' tu..tp bile dah kene berkali2 dlm 1 mlm sampai bdn letih, barulah tukar position tido n bace 3 qul..baru x ganggu lgi...stuju sgt ngn ape yg penulis tulis..care2 nk elakkn dr di tindih mmg boleh d amalkan.. in sha Allah tido nnt nyenyak je...:)

    BalasHapus
  22. saya sering kene tindih semasa tido kadang2 sampai 2 3 kali kene tindih ada sekali tu sampai terkeluar air mani..sumpah tak tipu

    BalasHapus
  23. sy prnh kena tindih sekali..mase tu sy mngiring sblh kiri, bila nak pusing sblh knan x le..nak angkt kaki sikit pon susah..sy x le buka mulut n dlm kepayahan sy sikit2 bace ayt kursi dlm hti..byngkn la nak bace ayt kursi dlm hati pon jadi susah..alhamdulillah akhirnye sy bole pusing balek..

    BalasHapus
  24. aq pernh kene tindih dngn ..................................................................................................................................................................................
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    abg aku :P

    BalasHapus
  25. Sy pna rasa kn nya,rambut menutupi muka sy,nk kata kakak @ emak tindih,yg sy thu rmbut meka pendk!! jd sape yg tindh?! & rmbut sape menutupi muka sy lak?! nggeeeee...hlp me,somebody hlp me...

    BalasHapus
  26. pernah juga kena time f.5 dlu.
    tpi waktu frm 5 tu, bkn kena hempap je tpi kdg2 ada rasa somebody tarik tgan ke atas dan kaki ke bwh secara serentak. tpi sekarg ni da ok.Alhamdulillah.persoalanxa adakah itu juga gangguan makhluk haluq atau seblknya?

    BalasHapus
  27. 1st time saya di himpit bila saya 1st time tidur seorang dalam bilik.... masa tu buka pintu bilik, mama and babah tidur di luar ruang tamu,dekat dengan pintu bilik, panas katanya.. saya terbangun pagi2 mungkin jam 1 atau 2am...xboleh bangun,tengok pintu bilik gelap,macam bertutup..fore sure di himpit.saya tutup mata,saya lihat ada perempuan bertudung..saya baca doa dalam hati saya dengar suara budak2 yang membaca...i'm not sure what is that thing... bila jari saya dapat bergerak..hm.. i saw the black shadow perlahan2 tinggalkan saya.sejak dari situ,saya banyak mengalami perkara pelik sampai hari ini... becareful for what are you wishing for...boleh jadi termakbul suatu hari nanti..and that's wat happened to me

    BalasHapus
  28. saya cadangkan orang yang selalu kene tindih ni gi lah berubat tradisional. jangan biar bnde nie menghantui diri dan membuatkan anda rasa takut nak tidur..sebenarnya bnde nie semua adalah gangguan makhluk halus.. saya dah terlepas dari semua nie selepas pegi berubat. alhamdulillah..

    BalasHapus
  29. Kejadian yang berlaku pada saya pula yang paling saya ingat ialah waktu lepas asar dan nak masuk isya'. yang Asar tu sebab saya tidur dari pukul 2 lebih, pastu dengar azan asar tido balik, kene sekali..yang time isya' tu pulak sbb time dengar azan nk lelap mate jap sbb ngantok sgt badan letih..tp 2 2 kejadian berlaku saya meniarap mmg susah nk bangun..badan kaku..tangan kaki xle nk alih..dgr bunyi orang keliling bercakp tp nk mintak tolong dorg kejutkn xde kudrat..ase mcm nk mati dh mase tu....kesimpulannya semua ni berlaku ade hikmahnya..Alhamdulillah sampai skrg dh lebih 10 tahun dulu tjd, skrg xde lg..

    BalasHapus
  30. Saya plk semasa hendak terlelap sye terasa seperti di tampar sekali bunyi pon saya dengar..maka muka saya trua berpaling ke arah kiri..apa sbb ye ye

    BalasHapus
  31. Saya pon pernah jugak tido kena himpit ..memang banyak kali. First kena masa tu sy tingkatan 2 dok asrama . mase mule2 kena himpit tu mata tiba2 rasa mengantuk nak tido..lps tu telinga bunyi berdengung .lepas tu dahi sy dapat rasa macam ada benda Dari atas datang n landing kat atas badan sy ..anggota bdn semua tak leh gerak kecuali mata.tu pon bukak sikit Je.cemas jugak mase tu sampai nak baca ayat kursi tungang terbalik sampai lupa ..yang Saya ingat masa tu Allah hu Akbar Je ...sy Cuba nk jerit Allah hu Akbar tp tak terkeluar smpai LA terlepas jgk Dari mulut ..hanya Allah Je Thu prasaan sy mse tu.nk tido pon jd tkot ..sjk dri tu mmg salu jgk kena himpit sampai dah biasa dah.bila dahi rasa kebas rasa macam ade bnda nk dtg .mta tbe2 gntuk .. Mmg bkal kna himpit le tu.yang tak bole tahan bila tido mengiring kdg2 dy himpit kt kepala pulak tk Thu LA dy pijak ke ap...kdg2
    kt bahu pon ade.dy tekan abis pstu dy lepas. kwn2 sy yg kna himpit ckp ade yg nmpk lembga.tp syukurla sy tk pnh nmpk bnda plik2 lg..klu nmpk tak Thu LA nk ckp..mgkin lupa ayat kursi lg sekli kot.huhuu..dh berubat elok kjp lps tu dtg balik smpai tk Thu nk buat ape dah.tu jela pnglmn sy.

    BalasHapus
  32. Semlm baru kena.. dok hotel kat kelantan ni... lama dh x kena.. mula2 terjaga telinga berdesing.. makin lama makin berdesing.. nk baca lidah kelu badan x boleh bergerak.. lama berdesing baru boleh baca surah ringkas.. firasat rasa ada benda berhampiran.. sib la ade hp on ayat suci til pagi huhu.

    BalasHapus
  33. Semlm baru kena.. dok hotel kat kelantan ni... lama dh x kena.. mula2 terjaga telinga berdesing.. makin lama makin berdesing.. nk baca lidah kelu badan x boleh bergerak.. lama berdesing baru boleh baca surah ringkas.. firasat rasa ada benda berhampiran.. sib la ade hp on ayat suci til pagi huhu.

    BalasHapus
  34. Baru lpas kena tu terus cari psl artikel ni..aku ingt kna kahwin cpt2 la supaya x tdo berseorangan��

    BalasHapus
  35. Aku byk kali kna..pnh kna cekik...time maghrib....kna tindih...mmg terase kt leher....mgkin penulis yg tulis kajian tu blom kna tindih

    BalasHapus
  36. Hm first time kena tindih sebab malam tu trpksa tido bilik keseorngan . Sy mmg jenis tkleh tido sorg2. So perasaan masa tu takut yang amat and tetiba ja kena tindih . Mmg kelu lidah dan badan . Lepas ja drpd kena tindih tu terus nangis. First time lah katakan . Lpas drpd tu selalu sngtla kena . Kdg2 smpai dah lali. Tapi bila setiap kali kena tindih tu sakitnya ya ampun. Bila cuba baca ayat2 sikit lagi kuat dia tindih. Last sekalo i pasrah je lah .

    BalasHapus
  37. Time tu 7/8 tahun. Ad satu ptg tu, abg aq cerita kt aq yg malam hritu dy kena tindih n dy cite la en smpai habis. Pstu, beberapa hri pstu aq ttibe teringt psl cerita dy tu sblum tdo. Em, masa aq tdo mlm tu ape lg? Mmg kena la jwbnye. Masa kena tindih tu aq baca surah alfatihah. Aq dgr ad suara yg gelakkn aq. Seolah olah mcm bacaan aq tu tk tkutkn dy. Tp bukan mcm dkt telinga. Dgr dlm otak. Aq tk thu korg dpt imagine ke tk hahaha. Then mntk tolong, pstu ibu kejut sbb tdo sebelah en hehehe. Lps sedar tu ttibe je rse nk pndg kt dapur sbb bilik tu keluar je nmpk la jgk dapur. Terus pndg+baca alfatihah pstu hembus. Ttibe dgr org mcm bnyk suara jerit. Tp aq rse puas. Padan muka ko ha.
    Masa f2 lak, duk asrama. Org lain tgh solat asar kt surau. Sementara tunggu member lain balik dorm, tdo kejap atas katil. Ttibe rse tkleh gerak+tkleh nafas. Masetu mmg panik gila sbb tk dpt oksigen. Lps dh boleh bngun tdo lg skali sbb mmg ngntok bru balik skola, then kena lg cmtu. Terus bangun siapsiap g dewan mkn. Rse geram je kena kacau ni. Lg lg mmg time ngntok sgd. Naik f4 pulak awal bulan 1, masa tu tdo atas sofa kt rmh tgh malam. Tdo mengiring ke kanan n ttibe tkleh gerak. Pstu bukak mata sikit smpai yg mampu je, nampak ibu kt depan, dekat je. Ibu tgh berdiri pndg aq, tp tk bape jelas sbb bukak lampu dapur je. So samar samar gitu. Mse tu tk pkir pelik sgd pun kenapa ibu berdiri cmtu. Sbb biasanya memalam kalau ibu trjaga tu dy pegi tngok anak anak dy kalau kalau ad nyamuk ke apa ibu halau/selimutkn. Then, mntk tolong la kt ibu dengan cara keluarkn suara. Mmg susah gila sbb suara pun kena sekat mulut jgn cite la mmg tk gerak lngsung, lidah kelu habis. Pstu dgr ibu mcm ckp ckp something tp tk jelas. Sekadar dgr bunyi jela. Mmg suara ibu. Lpstu dh lama sgd mcm ibu tanak tolong je, mybe tk dgr kut. Pstu baca ayat kursi bnyk kali, tk lepas gak. Pstu gerak badan kuat kuat bru lps. Tngok ibu dh tkde. Mmg penat sgd nk lawan tu pstu gerak ibu dlm bilik ajak teman tdo n tny ibu ad tk ibu keluar td pegi ruang tamu, ibu kata tkdepun. Mmg nangis la masa tu sbb rse cam penat n nk marah yg ganggu aq tu, kenapa aq je? Aq tk kacau ko pun heh. Ni berlaku masa f4 gak bulan 3. Aq tdo kt lantai berlapik la en, ngn ibu aq. Sbb masa tu ayah aq oversea. Aq tdo mengiring ke kanan. Dlm pkul 2/3 pg cmtu mcm biasa, tkleh gerak. N tk sempat nk baca pape lg, aq bkk mata smpai yg termampu je, kabur kabur la en pndgn. Nmpk abg aq keluar dr bilik berdiri dpn pintu, aq mntk tolong la guna suara aq yg tkleh nk keluar sgd tu. Pstu dy dtg kt aq, duk sblh aq ingt ke nk kejut en. Skali tu bau busuk sgd tp sekejap je smpai la dy bngun balik n masuk bilik. Aq cm sempat la pkir, dy apahal en? Npe tk kejut aq. Pstu aq keluarkn suara aq lg kekuat sbb aq rse geram+penat ngn smua benda ni. Finally, ibu kejut aq.
    Senanya bukan yg ni je aq pernah kena, bnyk kali jgk tp sekadar tkleh gerak jela tkde nmpk pape. Tp mmg ibu dh pesan baca ayat kursi, 3Qul bnyk kali n aq dh buat setiap kali kena tindih. Tp tk menjadi bacaan aq tu. Aq dh cek huruf n baris. Tkde yg salah aq baca. Seoalah olah benda tu kuat sgd. Smpaikan ayat tu pun tk lepas aq nk lawan dy. Smpai skrg aq asyik terjaga kalau aq gerak badan kuat kuat guna tenaga sendiri atau ad org kejutkn.

    BalasHapus
  38. first time kena tindih tahun lps..kat rumah mertua..rs cm nk kne rogol..sbb cara dipegang kat tgn..pastu kne cium bertubi2 kat tengkuk..geli sbb rs berbulu sgt. cuba bc bismillah..tak boleh..nk sebut Allah pun berat sgt..berdebar2..takut..tp,kuatkan semangat nk lawan jugak..baca alfatihah..berat..tp lawan kuat2..
    takutt sangat smpai lps dah setel tu,nk tdo dah takut..ingtkn sbb tdo terlentang jd gitu..tp,ble tdo mengiring pun kne jugak..kali ni,sy smpai nanges2 baca bismillah..kali ni,anak sy tepuk belakang sy..baru bende tu ilang..anak ckp,takut tgk mama td..

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top