Almy Nadia Komen Pertunangan Fizz Fairuz  | Pada 10 Februari lepas, Fizz Fairuz telah bertunang dengan seorang gadis dari Kuantan, Pahang yang juga ahli kelab peminatnya, Azlyn Massiela Mohd Nazar.

Hari ini Almy melalui Harian Metro menyatakan dia tidak mampu menggambarkan dengan kata-kata tentang pertunangan Fizz dengan wanita itu.
Tiada kata-kata mampu saya ucapkan mengenai pertunangan Fizz dengan wanita itu.Hanya satu mampu diucapkan, ‘pulang paku ke buah keras’. Fikirkan.
Saya tahu Fizz sudah bertunang. Kalau nak tahu cerita lebih, tanyalah dia kenapa dia bertunang dan kami berpisah.
Almy enggan membuka mulut selagi Fizz belum memberi kenyataan tentang pertunangannya itu. Almy juga menafikan dia mempunyai orang lain yang menyebabkan Fizz membuat keputusan bertunang secara diam-diam.
Almy juga dikatakan menyifatkan hubungan mereka putus kerana dia (Almy) bukan orang kaya.
Pergi tanya Fizz dulu, kita tengok apa jawapan dia. Kalau dia buka mulut, saya juga sudah bersedia dengan jawapan saya. Berani kerana benar, takut kerana salah.
Sepanjang bergelar anak seni, saya tidak menimbulkan sebarang kontroversi dan fikirkanlah. Sekarang ini siapa yang bertunang dan siapa yang ada orang lain.
Saya tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata selepas mendapat tahu tentang pertunangan itu. Lebih baik tanya Fizz dan keluarganya.
Buat masa ini saya mahu berdiam diri, tiada sesiapa yang memahami melainkan Allah.
Diharap Almy dapat bertabah dalam menghadapi dugaan ini. Pastinya gadis secantik Almy boleh mendapat pengganti dengan mudah di luar sana. Semoga bertemu dengan yang lebih baik!

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top