Aliff Aziz Dan Adira Menayang Couple Ring | Wow. Melihat gambar Aliff Aziz dan Adira yang menayangkan couple ring di jari mereka membuatkan admin tertanya-tanya status perhubungan mereka. Adakah mereka kini pasangan kekasih dan sedang hangat bercinta?

2 minggu lepas, Aliff Aziz menerusi Instagramnya telah mengupload gambar sepasang cincin yang dibeli dengan caption “Just bought a gift for myself and my dearest baby. #CharriolGeneve #Love“. Semalam, gambar manja di atas pula telah dikongsi oleh Aliff Aziz.

Kalau mengikut apa yang admin tahu, kalau dah sampai ke tahap pakai couple ring, confirmlah dah bercinta kot. Mungkin mereka berdua masih malu-malu dan segan untuk membuat pengakuan kepada media.Aliff Aziz dan Adira memang sama cantik dan sama padan.


Diharap sekiranya mereka memang betul bercinta, semoga percintaan kali ini berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Kedua-duanya pernah gagal dalam percintaan sebelum ini. Good luck and all the best.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top