4 Cara Untuk Mengatasi Masalah Berdengkur
Gunakan bantal yang lebih- Pastikan anda meletakkan kepala anda pada kedudukan yang lebih tinggi sedikit daripada badan ketika baring. Ini adalah untuk membuka saluran pernafasan anda dan mengelakkan saluran tekak daripada tersekat yang akan menyebabkan anda berdengkur.
Bahan pendingin- Sekiranya kesejukan atau kesesakan nafas yang menyebabkan anda berdengkur, anda boleh menggunakan bahan pendingin seperti (vicks) sebelum tidur. Ini adalah untuk mengeringkan rongga hidung dan meningkakan aliran udara pernafasan untuk mengurangkan berdengkur. Anda juga dinasihakan untuk menyapukan vicks pada bahagian dada sebelum tidur untuk melancarkan pernafasan.
Nasal strips- Sekiranya masalah selesema atau batuk bukanlah menjadi masalah yang menyebabkan anda berdengkur, anda boleh menggunakan nasal strips. Ia berfungsi untuk membuka saluran hidung untuk menjadikannya kurang sempit dan ini dapat memberikan aliran udara yang lebih baik.
Tidur dalam keadaan mengereng- Posisi tidur dalam keadaan mengereng juga adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah berdengkur. Apitkan bantal pada bahagian belakang dan depan badan untuk membuatkan anda tidak berasa selesa tidur telentang atau menerap. Ini adalah salah satu cara mudah untuk memastikan anda sentiasa tidur dalam keadaan mengereng sehingga keesokan paginya.
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda