Jawatankuasa Status FAM hari ini mengumumkan Norshahrul Idlan Talaha hanya perlu membayar tebus kontrak dan bukannya yang lain-lain.

Perpindahan penyerang Harimau Malaya itu dari Kelantan ke Johor Darul Takzim telah berlarutan selama berminggu-minggu.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) baru-baru ini menyatakan Norsharul harus melangsaikan bayaran sebanyak RM1 juta kerana penamatan kontrak dia berlaku 13 bulan lebih awal melibatkan nilai lebih RM300,000, yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000, selain insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana penaja menarik diri.


Walaubagaimanapun FAM hari ini memutuskan bahawa penyerang itu hanya perlu membayar tebus kontrak selama 13 bulan berjumlah RM299,000 yang telah pun dibayar oleh Norshahrul.

“Apabila pemain menamatkan kontrak, dia hanya perlu membayar tebus kontrak, bukan tajaan atau lain-lain,” kata pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Datuk Takiyuddin Hassan.-espnstar.my

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top