Subhanallah! Kesan menakjubkan Bacaan Al-Quran Kepada syaraf, otak dan organ tubuh manusia
Subhanallah! Kesan menakjubkan Bacaan Al-Quran Kepada syaraf, otak dan organ tubuh manusia | "Tak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan terhadap daya Ingatkan dan memberikan ketenangan kepada seseorang kecuali membaca Al-Qur'an ...".
Dr Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan Serius di Klinik Besar Florida Amerika Syarikat, berhasil membuktikan hanya dengan mendengarkan bacaan ayat-ayat Alquran, Seorang Muslim, baik mereka yang berbahasa Arab maupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologis yang sangat besar.
Penurunan tekanan, kesedihan, memperolehi ketenangan jiwa, menangkal pelbagai macam penyakit merupakan Pengaruh umum yang dirasakan orang-orang yang menjadi Objek penelitiannya.
Penelitiannya disokong dengan bantuan alat elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, denyutan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. Dari hasil ujianya ia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.
Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah penelitian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan hingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya.
Kesimpulan hasil uji cuba tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston. Objek kajiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri daripada 3 lelaki dan 2 wanita. Kelima orang tersebut sama sekali tidak memahami bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Quran.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, iaitu membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Quran. Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan hingga 65% ketika mendengarkan bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Quran.
Al-Quran memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut didedahkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997. Menurut kajian beliau, bayi yang berusia 48 hari yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Quran dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Quran. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita. Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain menjejaskan IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).
Maha Benar Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Quran, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda