Sejarah asal usul nama daerah Kota Bharu
sejarah 1
Kota Bharu ialah ibu kota negeri Kelantan telah dibuka secara rasminya oleh Sultan Muhammad II (Sultan Senik Mulut Merah) pada tahun 1844.
Namun kawasan penempatan di situ dipercayai telah diterokai lama sebelum itu. Apabila Sultan Muhammad I (Long Muhammad bin Long Yunus) mangkat pada tahun 1837,
Long Zainal (adinda kepada Sultan Muhammad I) dengan sokongan sejumlah kerabat Diraja mengisytiharkan dirinya sebagai Yang DiPertuan Kelantan. Manakala Long Senik Mulut Merah (anak saudara kepada Almarhum Sultan Muhammad I dan Long Zainal) yang dipersetujui bakal pengganti oleh Almarhum Sultan Muhammad I telah diketepikan.
sejarah 2
Kota Bharu terletak tidak jauh dari Sungai Kelantan. Perkataan "Kota" bermaksud sesebuah Bandar dan "Kota Bharu" adalah sebuah bandar yang baru. Kota Bharu terletak di Tebing sebelah Timur Sungai Kelantan dan agak jauh dengan landasan keretapi yang terletak di Tebing sebelah Barat Sungai Kelantan.Bandar ini adalah pusat komersil dan ekonomi serta juga Bandar Diraja Kelantan.
sumber FB : kelab pencinta sejarah kelantan
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda