Raja Azmi mebmeritahu sudah bersedia untuk menamatkan zaman jandanya dengan Hafiz
Raja Azmi Sudah Sedia Untuk Mendirikan RumahtanggaPETALING JAYA: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman bersedia untuk berkahwin semula jika bertemu jodoh dengan kekasih baharunya iaitu seorang gitaris berusia 27 tahun.
Raja Azmi, 54, berkata, keikhlasan lelaki bernama Hafiz itu dapat dilihat apabila pemuzik itu melamarnya, beberapa hari lalu.
"Dia memang ikhlas dalam hubungan ini kerana berani meluahkan hasrat untuk memperisterikan saya selepas sebulan berkawan.
"Mungkin terlalu awal untuk bercakap soal kahwin tetapi saya sudah bersedia (bergelar isteri).
"Jika ada jodoh, kami mungkin berkahwin pada tahun ini juga," katanya kepada mStar Online.
Penerbit dan penulis filem .... Dalam Botol ini mula menjalin hubungan dengan Hafiz selepas berkenalan di sebuah hotel terkemuka yang menjadi lokasi gitaris itu mengadakan persembahan.
Raja Azmi yang bergelar janda sejak enam bulan lalu bercerai talak satu dengan bekas jaguh badminton Jalani Sidek pada 27 Jun 2012 selepas 28 tahun berkahwin.
Raja Azmi berkata, dia tidak peduli pada persepsi umum susulan pengakuannya menjalin hubungan dengan lelaki yang berusia 27 tahun lebih muda daripadanya.
Katanya, keutamaan pada waktu ini adalah kebahagiaan diri sendiri berbanding pertikaian khalayak yang tidak merasai kedukaannya selepas bercerai.
"Biarlah apa orang hendak kata. Yang penting saya bersikap jujur terhadap perasaan yang saya alami sekarang.
"Saya benar-benar bahagia dan gembira dengan hubungan ini kerana ia membuatkan saya kembali ceria selepas lalui episod duka (perceraian)," luahnya.
Raja Azmi berkata, perbezaan umur tidak menjadi penghalang kerana keserasian antara mereka.
"Umur bukan ukuran kerana kami saling menyayangi dan ia berlaku dengan ikhlas.
"Sudah lama saya berasa sunyi selepas bercerai dan apabila bersama kami rasa seperti seusia," kongsinya sambil mengakui hubungan itu mendapat restu keluarga kedua belah pihak.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top