Aksi dua suspek menyerang mangsa yang berjaya dirakam oleh CCTV yang dipasang di kedai runcit dalam kejadian samun di Taman Sungai Siput, kelmarin.


SUNGAI SIPUT – Seorang peniaga runcit cedera di kepala akibat ditetak dua lelaki dalam satu kejadian samun di Taman Sungai Siput di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa, H Cheng, 63, bersama isterinya yang enggan dikenali didatangi dua lelaki yang memasuki kedai sambil memegang parang berpura-pura membeli sekotak rokok dan bertanyakan arah jalan di kawasan Sungai Siput.


“Leka melayan pertanyaan lelaki itu, rakannya tiba-tiba mengacu parang dan mengugut mencederakan kami jika enggan serahkan wang tunai.

“Saya beritahu tidak ada banyak wang. Berang dengan jawapan saya, mereka menyerang dengan parang dan memaksa kami serahkan wang yang ada,” katanya di sini, semalam.

Aksi dua suspek menyerang mangsa yang berjaya dirakam oleh CCTV yang dipasang di kedai runcit dalam kejadian samun di Taman Sungai Siput, kelmarin.

Cheng berkata, panik dengan keadaan itu, mangsa ditumbuk penjenayah terbabit menyebabkan berlakunya pergelutan di dalam kedai.

“Ketika itulah, kepala saya di tetak sebelum pengsan. Sebelum melarikan diri, mereka sempat mengambil wang di kaunter jualan,” katanya.

Mangsa dibantu oleh jirannya mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Siput dan menerima 20 jahitan di kepala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Azman Salim berkata, dua suspek sedang dikenal pasti berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Gerakan mengesan suspek yang berusia lingkungan antara 20-an itu sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 935/937 kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan kecederaan,” katanya.-sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top