ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki yang ditemui mati di SK Tun Dr. Syed Nasir di Felda Pasak, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Seorang tukang kebun Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Dr. Syed Nasir di Felda Pasak di sini menerima kejutan pada pagi tahun baru semalam apabila menemui mayat seorang lelaki ketika hendak memotong rumput di belakang bangunan sekolah.

Hasil siasatan mendapati, lelaki yang berumur 30-an itu dipercayai mati selepas terjatuh dari bangunan tiga tingkat sekolah itu ketika sedang mencuri wayar bumi di bangunan tersebut.


Seorang kakitangan sekolah itu berkata, dia mengetahui mengenai penemuan mayat oleh tukang kebun sekolah pada pukul 7.15 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Sebaik sampai di sekolah, beliau melihat ada satu mayat lelaki yang lengkap berpakaian berada di kawasan sebuah bangunan sekolah itu.

"Pihak sekolah segera menghubungi polis untuk menguruskan mayat berkenaan," katanya yang enggan dikenali ketika ditemui di sini.-kosmo

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top