PULAU PINANG : Seorang pemandu lori terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera dibelasah orang ramai apabila kenderaan dipandunya merempuh empat buah motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi, pemandu lori pasir yang berusia 40-an itu dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar kesemua motosikal yang menunggu giliran untuk bergerak.


Akibat rempuhan itu, seorang penunggang motosikal patah sebelah kakinya, dua cedera ringan manakala seorang lagi bernasib baik kerana tidak cedera.

Orang awam yang melihat kejadian itu naik berang apabila cukai jalan lori yang dipandu lelaki terbabit sudah tamat tempoh sebelum beberapa orang membelasah pemandu lori itu.

Pemandu lori yang cedera itu kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian itu.-kosmo

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top