Menarik : Ketahui bagaimana Khalifah Umar Al-Khattab menahan bebelan isterinya
Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat satu pasangan suami isteri yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya, tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa lapang, atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.
Sehinggalah si suami tidak dapat menahan kesabaran lagi mendengar leteran sang isteri saban hari dan ketika, lalu si suami memarahi isterinya.Sang isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari.
Pada suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dengan niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab.
Setibanya dia dia rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah Umar Al-Khattab sedang membebel kepada beliau.Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab.
Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama, dan mengenangkan Khalifah Umar yg mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, si suami membatalkan saja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.
Ketika si suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang kemari?”
Lalu si suami tadi menjawab, “Tujuan aku kemari untuk mengadu hal isteri ku yang kuat membebel, tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, lantas aku batalkan saja hasratku.”
Mendengar jawapan dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, “Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri.”
Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.Wallahualam.
sumber
Bismillah, lahaulawalah...
BalasHapuscerita begini memang menarik untuk diketahui umum lebih-lebih lagi dalam memperkenalkan akhlak para sahabat yang boleh menjadi contoh dan telada kepada sesiapa yang mahu mencontohinya. dalam pada itu, adakalanya sesetengah kaum wanita menjadikan cerita begitu sebagai satu hujah atau pedoman ketika berhadapan dengan si suami (yang terpaksa bersabar atas karenah mereka). saya rasa, elok juga hadis-hadis yang menunjukkan betapa pentingnya seseorang isteri meladeni suami mereka penuh kasih sayang dan kemesraan serta bersabar pada setiap kata yang mahu diucapkan .
saya teringat datu hadis(terlupa sanadnya) ketika Fatimah azzahra nertanya siapakah wanita pertama yang masuk syurga. Nabi yang dikasihi lalu menyatakan bahawa ada seorang wanita solehah yang masuk dulu daripada Fatimah kerana perbuatan baiknya terhadap suaminya tidak mungkin dapat dilakukan oleh mana-mana wanita lain, khususunya wanita zaman sekarang. lalu Fatimah pun pergi ke rumah wanita tersebut untuk melihat akan malan-amalan rutin wanita tersebut sewaktu berhadapan dengan suaminya. taat dan layanannya terhadap suaminya begitu hebat sekali. kalau boleh cerita-cerita beginilah yang patut benar diangkat atau dinukilkan untukrenungan, iktibar dan diamalakan oleh wanita muslimah dewasa ini. hadis-hadis lain antaranya adalah seperti berikut. wallah hu a`lam!
Sabda Nabi s.a.w:
“Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani).
Sabda Nabi s.a.w juga:
“Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)