Indahnya Kelantan...

Sebenarnya, sejak setahun lalu, selepas menjadi penulis sepenuh masa, saya begitu ingin ke Kota Bharu, Kelantan untuk menikmati suasana di sana. Kali terakhir – juga pertama kali – saya ke sana pada 1995 sempena Perhimpunan Penulis Muda Nasional di Kem Kijang.

Baru-baru ini, pihak tertentu sibuk mengeluarkan kenyataan betapa miskin dan mundur negeri Kelantan. Pasti sahaja segala kenyataan itu bertujuan politik; apatah lagi Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin hampir.

Maka, pada akhir Februari lalu, saya mengambil keputusan untuk ke Kelantan – khususnya Kota Bharu – untuk melihat sendiri segala “kemunduran” dan “kemiskinan” yang diperkatakan pihak berkenaan.
Bagi saya, daripada bergantung serta percaya bulat-bulat pada apa yang dikatakan orang, lebih baik saya pergi sendiri untuk melihat, mengalami serta merasai sendiri suasana sebenar di sana.

Sebaik sahaja saya menyatakan keinginan untuk ke Kota Bharu menerusi ruangan status di Facebook, reaksi positif yang diterima amat memberangsangkan.

Begitu ramai rakan-rakan di ruang siber – kebanyakannya belum pernah saya temui secara bersemuka – tampil “mempersilakan” saya melakukan kunjungan yang dirancang.

Mereka yang bukan anak Kelantan juga menyokong cadangan saya untuk ke Kota Bharu; khususnya apabila saya sudah menyatakan sejak awal bahawa saya mahu menulis siri artikel berdasarkan pengalaman saya ke tempat berkenaan.

Harus saya akui bahawa sebelum saya membeli tiket bas ekspres untuk ke Kota Bharu, saya sudah pun dapat merasai kemesraan, kesantunan serta segala nilai positif yang terdapat dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan.

Begitu ramai rakan-rakan di Facebook yang mencadangkan tempat-tempat yang perlu dilawati dan makanan yang perlu dicuba. Begitu juga beberapa frasa penting dalam loghat tempatan yang wajar saya ketahui untuk memudahkan komunikasi.

Maka, saya tidak was-was untuk pergi ke Kota Bharu walaupun saya tidak ada kenalan atau saudara-mara di sana. Saya pergi sebagai “orang luar” untuk mendapatkan pengalaman baru secara objektif.

Rombongan besar

Saya tidak pernah menyangka bahawa segala urusan akan menjadi begitu mudah. Amy Suzani Mohd Ainuddin, salah seorang mangsa royalti teks Komsas, menawarkan untuk mengatur tempat penginapan dan perjalanan sepanjang saya di Kota Bharu.

Begitu juga, Nur Hidayah dari Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan (Yaatim) tampil menyatakan kesediaan untuk mengatur program yang sesuai sepanjang saya berada di sana.

Seorang lagi mangsa royalti teks Komsas, Rohani Deraman yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan kini tinggal di Johor Bahru turut melahirkan keinginan untuk ke Kota Bharu.

Maka, akhirnya, kami semua bertemu di Kota Bharu pada 11 Mac 2012 untuk sama-sama merasai suasana yang dilabelkan sebagai “mundur” dan “miskin” oleh pihak tertentu atas kepentingan politik.

Pada masa sama, Nik Faridah Mamat yang menyertai Bengkel Penulisan Cerpen anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada 26 Februari lalu mencadangkan supaya saya tidak melepaskan peluang bertemu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tentu sahaja saya mahu bertemu Tok Guru! Saya pernah dibawa mengunjungi beliau pada 1995 dan saya dapat melihat serta merasai sendiri sifat-sifat mulia yang dimiliki pemimpin itu.

Hasil maklumat yang diberikan Nik Faridah, saya berjaya menghubungi Wan Nik Wan Yussof, setiausaha politik kepada Menteri Besar Kelantan. Dipendekkan cerita, beliau bersedia mengatur pertemuan seperti yang dihajati.

Sekitar seminggu sebelum saya bertolak ke Kota Bharu, Tasya iaitu anak Amy Suzani dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan. Nur Hidayah mengambil alih “tugas” untuk mengatur aktiviti sepanjang saya dan rakan-rakan penulis berada di Kota Bharu.

Nur Hidayah juga mendapatkan bantuan adik angkatnya, Abdul Mutalib Awang untuk menjadi pemandu kereta dan pemandu pelancong selama empat hari saya di sana. Pemuda berumur 23 tahun itu sanggup mengambil cuti bagi memastikan tetamu mendapat layanan yang sempurna.

Turut sama dalam “rombongan” ini ialah Zainab Ngah, seorang penulis dari Perak yang kini menetap di Terengganu. Walaupun kesihatannya agak terjejas, beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama saya dan Rohani untuk meninjau sendiri segala “kemiskinan” dan “kemunduran” yang diperkatakan pihak tertentu.

Cikgu Roshidayu Che Mat yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan kini tinggal di Shah Alam turut datang bersama suami dan anaknya untuk sama-sama meninjau keadaan di Kota Bharu.

Saya turut berpeluang bertemu Wan Asyeah Wan Nawang, seorang penulis yang sebelum ini saya kenali berikutan komen negatif yang beliau berikan terhadap saya berhubung kontroversi novel Interlok Edisi Murid dan Kamus Dewan.

Beliau segera meminta maaf dan mengakui bahawa komen negatif yang beliau berikan di Facebook pada tahun lalu adalah terlalu emosional dan “terikut-ikut cakap orang”.

Bagi saya, tidak menjadi masalah kerana saya bersedia menerima apa sahaja komen yang mahu dikemukakan.

Agak menarik bahawa hubungan kami berdua menjadi rapat dan mesra. Pasti orang tidak akan percaya bahawa Wan Asyeah pernah menulis komen negatif mengenai saya sebelum ini!

Murah dengan senyuman

Ada suatu perkara yang meninggalkan kesan dalam hati saya. Dalam perjalanan ke rumah Wan Asyeah, beliau singgah untuk membeli murtabak. Beliau membeli murtabak daging (lembu) untuk dihidangkan kepada rakan-rakan penulis yang datang.

Saya sangat tersentuh – secara positif – kerana beliau membeli sekeping murtabak ayam khusus untuk saya kerana beliau tahu dan sedar bahawa saya tidak makan daging lembu.

Insiden kecil ini amat bermakna kerana walaupun majoriti penduduk di Kelantan adalah orang Melayu beragama Islam, mereka amat sensitif terhadap budaya kaum/agama lain.

Semua yang saya paparkan ini berlaku dalam masa tidak sampai 24 jam saya berada di Kota Bharu. Orang ramai yang saya temui di tempat awam pula murah dengan senyuman.

Menceritakan pengalaman di Kota Bharu, Roshidayu berkata, pertemuan itu amat istimewa dan sukar dilupakan.

“Istimewa kerana berpeluang bertemu beberapa penulis yang sebelum ini hanya saya kenali melalui karya atau bersembang menerusi Facebook. Saya juga gembira kerana dapat sama-sama memberikan maklumat sebenar mengenai Kelantan kepada golongan penulis,” katanya.

Zainab Ngah pula melahirkan kekaguman melihat segala kemajuan – fizikal, sosial dan rohani – di Kota Bharu berbanding di Terengganu.

“Kalau nak suruh bandingkan antara Terengganu dan Kelantan, saya lebih kagum dengan Kelantan, baik dari segi pusat membeli-belah, rangkaian jalan raya dan bangunan tinggi. Terengganu Cuma berbangga dengan Taman Tamadun Islam yang tersergam indah Masjid Kristal yang tidak diiktiraf untuk solat Jumaat, serta replika masjid-masjid seluruh dunia. Kalau Kelantan dikatakan mundur, ternyata Terengganu pula lebih mundur,” katanya.

Bagi Rohani Deraman, beliau pernah tinggal di Kota Bharu pada tahun 1980-an. Melihat akan segala pembangunan di sini sekarang, beliau melahirkan rasa kagum dan bangga.

“Kota Bharu membangun sejajar bandar-bandar lain; termasuk di Lembah Klang. Rasa-rasanya tidak ada beza dengan segala kemudahan yang ada di Johor Bahru. Cuma, apa yang tiada di sini adalah pusat-pusat hiburan, panggung wayang dan kedai nombor ekor.

Mungkin itulah ‘kemajuan’ dan ‘pembangunan’ yang dimaksudkan pihak tertentu apabila melabel Kelantan sebagai negeri yang mundur,” kata penulis sepenuh masa itu.

Saya akan menulis lagi mengenai pengalaman saya di Kota Bharu; khususnya mengenai “kemunduran” dan “kemiskinan” yang dihebohkan pihak tertentu.

Sama-samalah kita buat kesimpulan sama ada keadaan di Kota Bharu, Kelantan “indah khabar dari rupa” atau “indah rupa dari khabar”. -FMT

(Ditulis oleh Penulis Uthaya Sankar SB @ uthayasb.blogspot.com)

Kelantan, indah rupa dari Khabar.


sumber dari facebook I ♥ KELANTAN


Posting Komentar

  1. kelantan kotor!! kaki lima penuh sampah sarap.. tapi terngganu bersih

    BalasHapus
  2. sedap mulut ko kata terengganu mundur.ko penah pergi saner ker

    BalasHapus
  3. jika kita pandang dari sudut yang berbeza, iaitu dari sudut keislamana..mgkin kita akan faham erti sebenar 'mundur' itu..

    BalasHapus
  4. btul, klntan takder lah mundur sgt mcm media ckp, tpi sedap mulut kau je kutuk trganu. kalau tak suka xpyhlah kutuk2. byk lgi tempat mnarik kt trg, ko sebut psl masjid kristal satu tu je. aku rkyt trganu pun belum pernah jejak kaki kat masjid kristal. bongok punye blogger.

    BalasHapus
  5. Pernah juga ke kelantan... tp pengalaman saya berbeza dengan penulis... mungkin sy tak dikenali dan tak ada kawan2 disana... pergi beli barang pun mcm x dilayan... apatah lagi nak mtk kurang.. jelingan lagi dapat. Mungkin sbb loghat berbeza... 2012. Tu la kali pertama dan terakhir sy ke kota bharu dan ianya bukan satu pengalaman yg manis... dari hari pertama hingga hari ketiga mesti ada perkara yg mengguriskn hati.. entahlah..

    BalasHapus
  6. artikel di ats begitu bertentangan dgn pengalaman saya. saya langsung tidak berkenan dgn gaya khidupan mereka. peniaga2 langsung tidak mesra. saya bersetuju dengan komen diats yg mengatakan hanya jelingan yang dapat dari peniaga di sana. saya juga x berkenan dgn cara pemakaian gadis2 disana. apabila kerap kesana, saya dah menjadi biasa melihat sgt ramai gadis dan wanita ber legging,bju lengan pendek, tetapi bertudung. komen ini tidak bertujuan mgguris sesiapa,ini adalah luahan hati saya.

    BalasHapus
  7. orang2 kelantan sombong bongkak angkuh! saya sudah pergi ke sana.. memang layanan yang sgt kurang ajar, remaja2 yg suka menghina dan mengherdik orang ramai, mulut mereka celupar tanpa menghiraukan perasaan org sekeliling... mmg btl kelantan tmpt nye smakin maju, tp klau bab menghormati orang sekeliling memang hancur! apa yg blogger ni ckap byk yg tidak betul la~

    BalasHapus
    Balasan
    1. Saya selalu juga ke Kelantan tp x pernah lagi kena cam awak.Mgkin nasib awak x baik atau mungkin juga awal2 lagi dh ada persepsi buruk tentang org Kelantan dlm diri awk.Atau pun mungkin awak yg menyombong dulu x reti nk bg salam kot.Mcm saya setiap kali nk beli brg mesti bg salam dulu kt tuan kedai barulah mesra.

      Hapus
  8. saya brbangga jd rakyat trengganu..terenggaunu bnyak tmpt mnarik..npe xsbt msjd terapung..unik kn..emmm sblm mebandingkan ssuatu bnda kaji la dlu..sah2 bloger ni politik semta2..pehh xske tol..

    BalasHapus
  9. setiap negeri ada kelebihan dan kelemahan masing2. jadi berbanggalah dgn kelebihan yg ada dan jgn menghina kekurangan yg ada.bukan semua peniaga sombong ada juga yg baik. jadi jgn suka menghina ambil iktibar apa yg berlaku.

    BalasHapus
  10. bg saya semua negeri ada keistimewaan nya.kalau semua negeri sama jer x best gak nk pegi melancong,pegi negeri tu tgok sama,pegi negeri ni tgok sama.tp kalau kata peniaga kt situ x mesra atau sombong,saya rasa x kot..sb saya selalu balik kelantan saya pegi beli barang ok jer mereka..x de masalah pun,x de sombong pun...org sombong kt mana2 pun ada..sama jer..mmg dah itu sifat manusia.x semua org mcm tu..semua ada kelebihan dan kekurang nya begitu juga dgn negeri masing2,sikap masing2...x yah la nk nk hina2 negeri lain..kalau x suka x yah pegi tu jer..x yah nk hina2...

    BalasHapus
  11. saya mmg asal dari kuala lumpur pun ada jugak saya dengar org hina kuala lumpur,tp hina2 pun org kampung ramai yg dtg k.l cari rezeki..x yah kita nk ckp negeri tu bagus negeri tu x bagus..kalau kita rasa negeri kita jer bagus duduk la diam2 kt negeri kita x payah nk pegi negeri org lain...

    BalasHapus
  12. Terima kasih kerana telah memuji Kelantan ... Kelantan tanah airku

    BalasHapus
  13. nk thu mane2 pon korg pergi..dr negeri mane pon korg dtg...kite nie tetap anak malaysia..x perlu nk banding2 kn setiap negeri...blh menyebabkn pecah belah...blogger sekalian jgn lh nk tarik publisiti dgn cara mcm niew,,bt org x suka je..

    BalasHapus
  14. Sorilh bg hok komen kato ore klate sombong sbb dgr cra awk komen tu tasa awk yg kurang ajar tlbh dahulu kut...lg satu ore klate klu ore luar mr negeri kami pompuan cntoh klu pakai seksi mmg dipandang murahan...kli lelali xmsik surau utk solat...mmg makanan lh sbb lembu kambing pn xsolat

    BalasHapus
  15. Kalau klntn kotor pun ape masalah korang..jage ngeri sndiri lah Kala ngeri ore lain kotor.. Posit if ah ckit..bkn klntn je yg kotor.. Byk lagi ngeri yg Kotor..

    BalasHapus
  16. sy dh 5tahun menetap d kelantan...sejujurnya,klntan x lh teruk sgt kot.kebanyakkan org klntan ni ramah n mesra.senang nak dekat.tp prnh jg jumpa dgn org yg suka jeling2 n keluarkan kata2 xmanis.tp itu biasa lh kan adat manusia...n 1 lg,jarang sekali tngo wanita sini pakai yg singkat2,seluar singkat menampakkan pinggul cthnya..kira ok lh berbanding negeri lain yg kebanyakkannya suka bju xda lengan n seluar pendek nmpk punggung.....

    BalasHapus
  17. Pengalaman saya pulak menjejak kaki ke kelantan sgt mengecewakan.. terlalu banyak tanah yg x diterokai.. sayang seribu sayang.. Kelantan banyak ketinggalan, pemimpin PAS kelantan patut mula fokus dalam membangunkn kelantan kembali.

    Ini pengalaman ikhlas saya seperti mana pengalaman penulis sendiri.

    BalasHapus
  18. x kene lnsung tajuk indah khabar dari rupa. Spattnye sebab murtabak ku jatuh hati. Baru kene....

    BalasHapus
  19. ayoh sayo are teganu,mok sayo ore klate,sayo lahir di teganu,tp dibesarkae di klate....duo2 tanah air sayo,lain negeri lain adat budayo,hok penting kalu ingat kito ore islam,kito ore melayu,patutnyo kito saling satu padu,bersih mano hok cemar,jernih mano hok keruh..buke saling mencemuh,saling mengutuk,saling menjatuh...ingat kito sikit kito samo2 ore pantai timur...

    BalasHapus
  20. banyak orang banyak ragam.. tak semua orang peramah..
    biasanya orang yg mgkin ade dendam dgn "sesuatu negeri"@orang kelantan, bila dia dtg ke negeri trsebut, perkara yg buruk mesti menjadi tumpuan utamanya. Sbb tu apabila kne layanan buruk "sikit" je, mula meradang...
    hehe
    dan admin kalau boleh xperlulah la menjatuhkan negeri org lain dan perlu menjaga sensitiviti, hanya perbandingan yg sekadar sahaja dah cukup...

    not the surrounding hurts you, but your attitude manipulates the surrounding...

    PEACE NO WAR!!
    salam sayang dari ambo ANOK KELATE..(kebanyakkan ore kelate lebih peramah(peniaga je kot) dari orang lain) :D

    BalasHapus
  21. Zainab Ngah yang komen Terengganu tu orang Perak tinggal di Terengganu, bukan orang Kelantan komen Terengganu. Harap maklum.

    BalasHapus
  22. Lia pernah pergi Kelantan, tapi Lia rase kelantan takde la teruk sangat , okey je.. Pekerja dia pun ramah apeee.. Ade skali tu, Lia pegi Al-Ikhsan nak beli kasut tuk abg Lia,, pekerja dia cakap elok je.. Kaya dengan senyuman .. Siap bagi free gift sbb pestime datang kelantan :) And,, janganlah kutuk negeri Trengganu.. Lia asal terengganu tpi bnyk lgi tempat yg LIa belum pegi.. Takkan la nk bgi contoh Masjid Kristal dengan TTM jerr.. Masjid terapung,, Pulang Kapas, Pulau Perhentian dan banyak lagi pun ade..

    #pendapat Lia sahaje..

    BalasHapus
  23. saya sokong.. saya pernah pergi terengganu, setakat saya lihat terengganu juga membangun(tp kawan saya orang Ganu jugak, kata Ganu susoh nk shopping, nok cari baju susoh, sbb shopping kompleks xbanyok, betul ke?). kalau saya bandingkan ganu dgn kelantan, kelantan lebih padat pembangunannya dari terengganu. dari segi tahap kebersihan mgkin terengganu lebih dari kelantan, mgkin sbb perancangan terhadap 'sampah' lebih 'terancang'. kelantan sedikit kotor 'mgkin' dsbbkan tong sampah dan pengutipan sampah yg 'kurang' terancang.

    #SIZ... sila ber-istighfar dan ber-zikir... hehe

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top