PETALING JAYA: Pelakon Kilafairy mengakui, dia terpaksa menolak lima tawaran berlakon filem gara-gara diberikan watak seksi dan ada diantaranya meminta dia untuk berkemban.

Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan berkata, pengalaman lalu dia pernah berkemban untuk satu babak dalam filem Karak sehingga mencetuskan kontroversi benar-benar mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam memilih watak bagi setiap tawaran filem yang diterima.


"Memang saya sangat memilih dengan watak yang ditawarkan pada saya, tidak kiralah untuk drama mahupun filem.

"Saya pernah membawa watak seksi sebelum ini dan tidak akan mengambil peranan sama lagi. Kerana perkara itu, saya terpaksa menolak lima tawaran berlakon filem.

"Cukuplah, pengalaman lalu mengajar saya banyak perkara. Saya tidak mahu memalukan keluarga dengan isu-isu yang remeh," tegasnya.

Tambah Kilafairy, walaupun dia tahu sikap memilih watak dapat merugikannya sedikit daripada mendapat publisiti, anak kepada Rohana Jalil itu tidak kisah sekiranya namanya kurang popular di kalangan umum.

"Biarlah kuantiti lakonan saya sedikit, asalkan hasil pada setiap lakonan yang dibawakan berjaya memberi impak dan membuatkan penonton ingat dengan watak yang saya tonjolkan itu.

"Dan jujurnya, saya tidak kisah sekiranya kurang diberi publisiti kerana yakin peminat akan tetap mengingati kita menerusi hasil lakonan yang bagus," ujarnya.

Sementara itu, tahun 2013 juga merupakan tahun kesibukan pelakon ini apabila dia turut memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap butik, Rack, yang diuruskan bersama kakaknya.

Mengenai perkembangan karier nyanyian pula, Kilafairy bersyukur apabila dia sering mendapat tawaran nyanyian bagi majlis-majlis korporat.

"Alhamdulillah, saya sering menerima undangan persembahan nyanyian di majlis-majlis korporat.

"Bagaimanapun saya cuba mengurangkan undangan nyanyian di stesen televisyen sekiranya saya aktif dalam lakonan drama. Ia adalah bagi mengelakkan orang bosan dengan menonton wajah saya dengan kerap," tutur pelantun lagu Pasti itu.-mstar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top