Kebaikan Dan Keburukan Telefon Bimbit

Perbincangan tentang para pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah adalah satu topik yang sering dibincangkan. Ini adalah kerana ramai pelajar masa kini mempunyai sebuah telefon bimbit. Karangan ini akan bincangkan tentang kebaikan dan keburukan topik tersebut.

Kebaikan yang pertama adalah para pelajar dapat menelefon ibu bapa mereka kalau mereka berada dalam situasi yang susah atau kalau sesuatu telah terjadi kepada mereka. Telefon bimbit boleh menolong pelajar tersebut supaya tidak perlu membuang masa mencari telefon awam. Satu contoh yang menunjukkan ini adalah kalau seorang pelajar  terjatuh dan tercedara, dia akan dapat menelefon ibu bapanya dengan telefon bimbit dan tidak perlu mencari teleon awam.

Keburukan yang pertama telefon bimbit ini boleh mengalih perhatian seseorang pelajar di dalam kelas. Pelajar tersebut akan menjadi teringin untuk memakai telefonnya di dalam kelas. Ini akan menyebabkan markah-markah pelajar tersebut menurun kerana tidak fokus di dalam kelas.

Kedua, telefon bimbit boleh membawa banyak masalah kepada seseorang pelajar. Satu maslah adalah seorang pelajar akan ada risiko telefon bimbitnya dicuri oleh pelajar lain. Ini adalah kerana telefon bimbit adalah sebuah alat yang sungguh mahal dan berharga. Lagipun, kalau seseorang pelajar menghilang telefon bimbitnya, harganya terlalu mahal untuk membeli suatu yang baru.

Justeru, saya berpendapat bahawa seorang pelajar tidak patut membawa telefon bimbitnya ke sekolah kerana ia ada lebih banyak keburukan.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top