Amar Asyraf terlebih dahulu muncul di kaca televisyen untuk drama ‘Dalam Hati Ada Taman’ yangbersiaran di Astro dengan watak bernama Daniel, tetapi dia lebih dikenali dengan watak Zain Hakimdalam drama slot Akasia di TV3, Setia Hujung Nyawa dengan imej terbaru rambut crew-cut yang kemas.
Boleh dikatakan Amar Asyraf kelihatan lebih kacak bergaya dengan imej terbarunya itu, yang menyebabkan dia mendapat perhatian peminat-peminat wanita. Turut berlakon bersamanya dalam drama tersebut sebagai pelakon wanita utama ialah Nelydia Senrose.
Namun begitu, kalau sekadar minat tiada salahnya, kerana Amar mengakui dia telah bertunang pada Aidilfitri lepas dengan seorang gadis dari Perak yang dirahsiakan namanya. Menurut Amar, dia dan tunangnya telah bercinta selama dua tahun. Lagi beberapa gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Amar Asyraf dan Mangga Online.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top