Hidung Dan Bibir Anak Terputus Akibat Kena Gigit Dengan Bapanya | Tangisan anak kadang-kala boleh sakit kepala juga dibuatnya. Tapi ada caranya untuk redakan tangisan itu. Bukanlah bertindak seperti bapa ini yang sanggup gigit hidung dan bibir atas anaknya hingga putus!
Kejadian tindakan bapa tidak masuk akal ini berlaku di Kampung Siyana, daerah Bikaner.
Memetik berita dari MailOnline ini, Bhadar Singh, 36, pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan turut memukul isterinya, Santosh selepas wanita itu enggan menurut arahannya pada Khamis lalu.
Tangisan anak sulung mereka, Bhanwar Kanwar,3, yang tidak sanggup melihat ibunya dipukul telah mengejutkan adiknya yang sedang tidur.
Radha dipercayai turut sama menangis tidak lama selepas itu.
Bunyi tangisan kedua-dua anaknya yang semakin kuat dikatakan menjadi punca lelaki tersebut berang lalu bertindak luar kawalan hingga sanggup mencederakan Radha.
Bhadar ditahan oleh jiran mereka sebelum diserahkan kepada polis pada Jumaat lalu.
Suspek kini didakwa atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah dengan cara berbahaya yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun atau seumur hidup jika didapati bersalah.
Radha pula dirawat di Hospital Peringatan Putera Bijay Singh (PBSM) di Bikaner.
Ketua Jabatan Pediatrik di PBSM, Dr Girish Prabhakar berkata, Radha perlu menjalani pembedahan plastik di Jaipur kerana keadaannya kini menyebabkan bayi itu bakal berhadapan kesukaran untuk bercakap atau makan pada masa depan.
Mungkin bapa kanak-kanak ini ada masalah mental kot?
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda