Hans berhasrat untuk menamatkan zaman bujang pada 2014 jika bertemu calon isteri yang sesuai. - Foto oleh NORAFIFI EHSAN
Hans Isaac Merancang Untuk Menamatkan Zaman Bujang Tahun DepanKUALA LUMPUR: Aktor dan produser Hans Isaac berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya pada pertengahan 2014.
Hans atau nama sebenar Gerald Hans Isaac, 42, berkata, dia kini sudah bersedia untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kehidupan peribadi selepas kematian ibunya Carmina Anciano Isaac, 74, pada 13 Ogos 2012.
"Dua, tiga tahun lepas saya memberikan tumpuan penuh kepada ibu yang sakit dan meletakkan soal hubungan ke tepi buat seketika.
"Kini apabila ibu sudah tiada, tibalah masa untuk diri sendiri. Paling awal pun saya sasarkan untuk berkahwin pada pertengahan 2014," katanya.
Pengarah filem Cuci itu ditemui pada pelancaran filem Lawak Ke Der 2 di Hotel Premiera di sini, petang Rabu.
Filem yang diterbitkan daripada rakaman pementasan yang sama di Istana Budaya pada Februari 2012 bakal ditayangkan pada 7 Mac depan.
Hans berkata, soal berumah tangga bukan perkara remeh yang boleh diambil mudah dan ia memerlukan persiapan dan keputusan yang tepat.
"Saya memang hendak berkahwin tetapi soal kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main-main.
"Saya mahu perkahwinan yang kekal bukan bercerai-berai selepas tempoh tertentu. Saya perlukan waktu dan pasangan yang sesuai," katanya.
Ditanya mengenai keintimannya dengan aktres dan pengacara Neelofa, Hans berkata, mereka masih berkawan rapat tetapi enggan berkongsi sejauh manakah mengenai tahap hubungan itu.
"Kami berkawan tetapi saya tidak mahu ulas lanjut sejauh mana hubungan kami.
"Jika hubungan itu berkesudahan dengan kebaikan atau keburukan, ia akan meninggalkan impak yang kurang manis kepada kami jika asyik bercerita mengenainya," katanya.
Hans berkata, dia juga tidak mahu liputan berterusan mengenai hubungan itu kerana merasakan ia akan mencemarkan publisiti filemnya akan datang iaitu Lemak Kampung Santan.
"Kami berlakon bersama dalam filem Lemak Kampung Santan yang akan keluar pada 29 Mei depan.
"Saya tidak mahu filem itu keluar dengan promosi murah begini (gosip bercinta)," katanya.
Filem Lawak Ke Der 2 yang membariskan Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Harith Iskander, Nabil, Johan dan Zizan Razak bakal menemui penonton di 70 pawagam di seluruh negara.
Ia juga akan ditayangkan di beberapa pawagam di Brunei dan Singapura.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top