Lokasi: Presint 11, Putrajaya.
Pemaju: Putrajaya Holding Sdn Bhd.
Bilangan Unit: 560 unit apartment.
Saiz: 93.46 meter x 75.72 meter.
Bilangan bilik: Tiga bilik tidur, dua bilik air.
Harga: RM120,000 seunit.
Kemudahan: Dewan serbaguna, surau, lot perniagaan dan pusat penjagaan kanak-kanak.
Syarat Pembelian:
1. Pembeli kali pertama dan perlu mendiami rumah tersebut.
2. Pinjaman sehingga 105 peratus (termasuk liputan kos insurans  dan yuran guaman) daripada institusi  kewangan terpilih dengan tempoh bayaran balik sehingga 30 tahun.
3. Pembeli tidak dibenarkan menjual rumah tersebut dalam tempoh 10 tahun.
4. Pembeli mempunyai pilihan menggunakan sebahagian daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja  bagi menampung bayaran balik pinjaman.
5. Duti setem dikecualikan.


LAMAN WEB www.pr1ma.my


Petaling Jaya: Pendaftaran permohonan pemilikan rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dilaksanakan secara online (dalam talian)mulai Sabtu ini, bagi proses pengundian.Ia menggantikan sistem manual secara pos yang digunakan sebelum ini dan boleh diakses melalui laman web www.pr1ma.my selepas dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Pulau Pinang, Sabtu ini.

Sistem pendaftaranyang bertujuan mengumpul data utama pemohon itu juga bertujuan mendapat maklumat mengenai permintaan rumah masa kini sesuai dengan kumpulan sasar yang ratarata mempunyai kemudahan internet.Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata selain menjadi cara utama untuk memohon, sistem ini juga akan menentukan kelayakan seseorang pemohon di samping memperoleh data lain seperti permintaan rumah masa kini, jenis rumah dan kemampuan mengikut tangga gaji tertentu.

“Ini bukan saja akan memudahkan pelaksanaan pembinaan mengikut permintaan terkini, malah dapat memastikan proses cabutan dijalankan dengan telus kerana ia akan dipantau firma akauntan bertauliah dalam mengendalikan audit dengan semua pemohon yang mempunyai peluang sama rata,” katanya dalam taklimat kepada media, di sini, semalam.

Mereka yang berminat memohon perlu mengikuti kriteria seperti mempunyai pendapatan isi rumah di antara RM2,500 hingga RM7,500 sebulan, warga negara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan tidak mempunyai rumah lebih dari satu.

Mutalib berkata, melalui peruntukan diberikan kerajaan, pihaknya akan memulakan pembinaan hampir 50,000 rumah PR1MA tahun depan khusus bagi individu bujang atau berkeluarga yang tinggal di kawasan bandar.

“Mereka yang layak diharap segera mendaftarkan diri dan pihaknya juga akan menjalankan beberapa proses cabutan undi dalam tempoh dua ke tiga bulan akan datang.

“Maklumat terkini mengenai pembukaan pembinaan baru di bawah projek PR1MA ini akan dimaklumkan kepada pemohon melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel mengikut pilihan kawasan mereka yang pilih ketika proses pendaftaran,” katanya.

Katanya, nama bagi pemohon yang sudah berdaftar akan kekal dalam sistem sehingga terpilih dalam cabutan untuk memiliki rumah, sebarang penambahan maklumat seperti pertukaran status boleh dikemas kini dari semasa ke semasa.


sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top