Bagi Anda Yang Belum Pernah Berkunjung Ke Kelantan | Bila sahabat-sahabat ana dari luar terutamanya dari Kuala Lumpur, Johor Bharu, Melaka Perak dan Kedah mula menjejakkan kaki ke Kota Bharu, satu perkara yang jelas di mata mereka apabila melihat Kelantan tidak seperti yang tergambar di dalam kepala mereka selama ini.
Mundur tanpa pembangunan. Miskin dengan rumah seperti pondok usang. Primitif dengan penduduk mandi dan buang air besar di dalam sungai. Dan, sana sini penuh dengan manusia merempat, selekeh dan “gedebe”.
Apa pun itulah hakikat yang ada di kepala orang luar selama ini. Tinggal Kuala Lumpur untuk tempoh yang lama, anda mungkin juga sama seperti kebanyakan orang lain, telah mendapat gambaran yang kurang tepat mengenai negeri tanah airku Negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Anda belum berkesempatan untuk merayau ke seluruh jajahan. Sekiranya Kota Bharu Bandar Raya Islam dijadikan ukuran, Kelantan tidaklah seteruk mana seperti media massa burukkan dan anda andaikan selama ini. Tambah lagi media Malaysia seratus peratus dikuasai oleh kerajaan UMNO yang lebih mementingkan perut sendiri daripada rakyat.
Kelantan sebenarnya ada banyak pasar raya yang menawarkan beraneka barangan dan perkhidmatan. Dua tiga pusat membeli belah temoden pula sentiasa penuh sesak di hujung minggu. KB Mall di jalan Hamzah tidak kurang hebatnya dengan Plaza Bukit Bintang di KL. Cuma bezanya di KL ramai yang berpakaian seperti tidak cukup kain.
Kita lihat pada hotel pula, dari jenis tidak berbintang hingga yang berbintang lima, ada di banda raya ini. Tapi yang paling unik negeri ini tidak ada disko, tidak ada kelab dandut, juga tidak ada dewan karaoke. Tetapi, itu tidak mencacatkan KB, sebab orang sini tidak perlu hiburan seperti itu.
Anak-anak muda disini tidak suka hiburan budaya barat, juga rumah urut, dan lain-lain budaya kuning yang ada di KL, KB tetap ceria dengan caranya tersendiri, Bandar raya Islam ini juga hidup 24 jam seperti Madinah dan Mekah Al-Mukarramah.
KB ada kelebihan tersendiri. Pasar Besar Siti Khadijah menonjolkan dominan wanita Melayu sejati – saya ulangi Wanita Melayu sejati! Dalam perniagaan, suatu yang jarang kelihatan di mana-mana premis perniagaan di tempat lain.
Tidak sahaja menawarkan beraneka barangan pada harga berpatutan, wanita ini tidak kira tua atau muda, menawarkan senyuman dan ramah-tamah yang luar biasa. Jika orang KL terkenal dengan masyarakat yang tidak suka senyum yang mana telah disebut oleh sebuah media antarabangsa, tetapi wanita melayu Kelantan masih murah dengan senyuman mereka. Syabas wanita Kelate! Carilah wanita Kelantan untuk dijadikan menantu anda. Ewah!
Berbalik kepada anak-anak muda Kelantan, “Gedebe”? Nasib saya dan sahabat-sahabat yang keluar ke KB setakat ini masih baik, belum sekali pun diserang atau dikacau oleh samseng jalanan. Tetapi, kita tidak perlu ke Kelantan untuk melihat samseng. Di KL pun hari-hari ada pembunuhan, setiap masa ada orang kena rogol dan ragut.
Kalau di negeri-negeri lain mempunyai bangunan yang hebat dan canggih-canggih belaka, tapi kalau kita teliti semua itu bukanlah kepunyaan orang melayu. Apa gunanya orang melayu nak berbangga-bangga dengan kemewahan bangsa lain yang tinggal di tanah air kita sendiri?
Tapi di negeri Kelantan, khasnya warga Melayu Kota Bharu tidak kalah atau kurang hebat dengan orang tempat lain. Kemewahan mereka terserlah pada baglo yang tersegam, gelang emas yang melilit lengan, juga beratus-ratus tempat makan – dari gerai tepi jalan hingga restoran eksklusif yang sentiasa dipenuhi pelanggan. Ini semua kepunyaan orang melayu.
Setengah jalan raya utama, termasuk di dalam Bandar, mungkin berlubang di sana-sini. Tetapi rakyat Kelantan yang lalu di atas jalan-jalan tersebut menggunakan Mercedes, BMW dan beraneka kenderaan jenama hebat yang setaraf dengan orang asing di KL. Maka, pada pandangan orang luar, kerajaan Kelantan mungkin tidak ada duit. Tetapi rakyat Kelantan tetap kaya. Buat apa kerajaan kaya raya, tapi rakyat hidup miskin?
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda