Bagaimanakah solat jika anak menghalang dari sujud?
Soalan :
Ketika solat, anak lelaki saya yang berusia setahun setengah duduk dihadapan saya sehingga menghalang saya daripada sujud. Apa yang perlu saya buat?
Jawapan :
Dalam Keadaan Ini Anda Boleh Lakukan Sama Ada :
1- Tolak dengan perlahan anak anda ke sebelah. Awas, jangan sampai anak terjatuh! .
2- Tunggu sehingga anak itu beredar sendiri .
3- Melangkah ke belakang atau ke kanan atau kiri supaya mendapat ruang untuk sujud .
Apa yang penting, jangan sesekali angkat anak tersebut kerana anak tersebut mungkin belum berkhitan atau mempunyai kesan najis pada pakaiannya atau di dalam lampinnya. Menanggung najis atau sesuatu bernajis ketika solat boleh membatalkan solat.
Petikan :
Buku “Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat ”“Sesungguhnya amal manusia yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya” Jika solatnya baik, maka baik pula seluruh amalnya; dan kalau buruk, maka buruklah seluruh amalnya. Bagaimana mungkin seorang yang beriman mengharapkan kebaikan di akhirat, sedang pada hari kiamat bukunya kosong dari solat Subuh tepat pada masanya?
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya ‘dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya (berjemaah di masjid) sekalipun dengan merangkak “[HR Al-Bukhari dan Muslim]
Solat Subuh memang solat wajib yang paling sedikit jumlah rakaatnya, hanya dua rakaat saja. Namun, ia menjadi standard keimanan seseorang dan ujian terhadap kejujuran, kerana waktunya sangat sempit (sampai matahari terbit)
Ada hukuman khusus bagi yang meninggalkan solat Subuh. Rasulullah saw telah menyebutkan hukuman berat bagi yang tidur dan meninggalkan solat wajib, rata-rata punca utama seorang muslim meninggalkan solat Subuh adalah tidur.
“Syaitan melilit leher seorang di antara kamu dengan tiga lilitan ketika dia tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan, ‘Nikmatilah malam yang panjang ini’. Apabila dia bangun lalu mengingat Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila dia berwudhu, lepaslah lilitan yang kedua. Kemudian apabila dia solat, lepaslah lilitan yang ketiga, sehingga ia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, dia akan terbawa-bawa perlahan dan malas “.
“Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan (waktu Isya ‘dan Subuh) menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat” [HR. Abu Daud, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]
Allah akan memberi cahaya yang sangat terang pada hari kiamat nantinya kepada mereka yang menjaga Solat Subuh berjemaah (bagi kaum lelaki di masjid), cahaya itu ada dimana sahaja, dan tidak mengambilnya ketika melewati Sirath Al-Mustaqim, dan akan tetap bersama mereka sampai mereka masuk syurga, Insya Allah.
“Solat berjemaah (bagi kaum lelaki) lebih utama dari solat salah seorang kamu yang sendirian, berbanding dua puluh tujuh kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat Subuh “. “Kemudian naiklah para Malaikat yang menyertai kamu, pada malam harinya, lalu Tuhan mereka bertanya kepada mereka padahal Dia lebih mengetahui keadaan mereka – ‘Bagaimana hamba-2ku ketika kamu tinggalkan?’ Mereka menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami dapati mereka dalam keadaan solat juga ‘. “[HR Al-Bukhari]
Sedangkan bagi wanita walaupun solat di masjid dibenarkan, solat di rumah adalah lebih baik dan lebih banyak pahalanya, iaitu yang mengerjakan solat Subuh pada saat para lelaki sedang solat di masjid. Ujian yang membezakan antara wanita munafik dan wanita mukminah adalah solat pada permulaan waktu.
“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah. Solat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan, penjagaan, dan perlindungan Allah sepanjang hari. Barang siapa membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutnya, sehingga Dia akan membenamkan mukanya ke dalam neraka “[HR Muslim, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]
Banyak permasalahan, yang bila diurut, berpunca dari pelaksanaan solat Subuh yang dipandang ringan. Banyak peristiwa petaka yang terjadi pada kaum penderhaka berlaku di waktu Subuh, yang menandakan berakhirnya dominasi jahiliyah dan munculnya cahaya tauhid. “Sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu Subuh; bukankah Subuh itu sudah dekat?” (Surah Hud: 81)
Rutin harian permulaan bergantung pada pelaksanaan solat Subuh. Seluruh urusan dunia seiring dengan waktu solat, bukan waktu solat yang perlu mengikuti urusan dunia.
“Jika kamu menolong (agama) Allah, maka ia pasti akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad: 7)
“Sungguh Allah akan menolong orang yang menolong agamanya, sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Kuasa,” (Surah Al-Hajj: 40)
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda