Anak lari ikut keluarga tunang | TAIPING : Seorang ibu tunggal merayu bantuan orang ramai untuk mengesan anak gadisnya yang didakwa dilarikan oleh keluarga tunangnya sejak 11 Januari lalu.

Wanita tersebut, Nor Ismara Mohamad, 52, mendakwa sehingga kini dia tidak menerima sebarang berita daripada anaknya, Isdayanti Islahuddin, 26.

Ujarnya, Isdayanti yang menjalankan perniagaan ayam goreng di Kamunting menghilangkan diri selepas dia tidak bersetuju dengan tarikh pernikahan yang diputuskan oleh anaknya itu bersama tunang yang dikenali sebagai ‘Pink’.

Jelasnya, mereka saling mengenali dalam masa singkat sebelum anak gadisnya dipinang oleh lelaki tersebut pada November tahun lalu dan majlis pernikahan dijadual pada September depan.

“Bagaimanapun, tanpa pengetahuan keluarga kami, mereka merancang untuk bernikah pada 23 Mac depan.

“Berlaku pertengkaran antara saya dengan bakal menantu dan ibunya. Saya kemudian membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. -kosmo

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top