Gambar hiasan semata-mata,tiada kaitan dengan mangsa


Akibat tindakan suami menegur sekumpulan remaja yang gemar melepak di kawasan perumahan di Jalan Semarak di sini, menyebabkan isterinya dibogel sebelum gambarnya dirakam selain disamun wang tunai dan barangan kemas bernilai kira-kira RM10,000, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti, 32, sedang tidur di dalam biliknya manakala suaminya pula keluar berjumpa rakan.

Katanya, tiba-tiba dia terjaga sebaik terdengar bunyi cermin depan rumah dan pintu dipecahkan. Apabila keluar dari bilik, dia ternampak sekumpulan lima lelaki yang sering melepak di kawasan perumahannya berada di dalam rumah manakala tiga lagi berkawal di luar.

Menurutnya, selepas mereka ternampak dia berseorangan, dua daripada lelaki terbabit menyerangnya dengan topi keledar menyebabkannya separuh sedar.


“Tidak cukup dengan itu, saya turut dilibas dengan parang, namun sempat mengelak. Bagaimanapun, akibat ditumbuk, saya menjadi pening dan dalam keadaan separuh sedar itu, mereka membogelkan saya sebelum merakam gambar bogel selain cuba merogol saya.

“Saya melarikan diri meminta tolong dengan jiran dan bernasib baik, jiran sebelah terdengar jeritan saya dan membenarkan saya berlindung di dalam rumahnya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, kumpulan lelaki itu mengejarnya hingga ke rumah jiran dan apabila jiran enggan membuka pintu seperti diarahkan mereka, motosikal dan cermin rumah jirannya dipecahkan.

Siti berkata, kumpulan itu tidak meninggalkan rumahnya begitu saja sebaliknya melarikan barang kemas, telefon bimbit pintar, iPad, dan wang yang disimpan di dalam tabung bernilai kira-kira RM10,000.

“Mereka turut mengugut akan menyebarkan gambar bogel saya di Internet sekiranya membuat laporan polis dan saya percaya kejadian ini berpunca daripada tindakan suami saya menegur kumpulan itu yang sering mengacau penduduk selepas mengambil minuman keras.

“Dengan bantuan jiran, saya membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.-hmetro

Posting Komentar

  1. Apalah bagang sagat diaorang 2 org yg lemah di jadikan tempat pembalas dendam...'' nk lepak2 jugak jgn la mengangu keteraman awam org mcm ni sepatutnya kasi penjara 20 tahun biar tua merinkuk di dalam sana lama2 sikit dari hidup menyusahkan orang ramai ini kalau zaman jepun tembak kasi mati aje x ada maruah dia org ni.

    BalasHapus
  2. Perbuatan yg sia2 je..kn x pasal2 dh jadi buruan polis... masa depan dh gelap...

    BalasHapus
  3. memang bodoh diorg ni.. da terang2 diorg yg buat hal,mengganggu org awam.. pastu nak aniaya org len...polis kene cri smpai lobang cacing!! x berperikemanusiaan langsung! org mcm ni xyah hidup pun xpe weyhh!!

    BalasHapus
  4. Manusia mcm nie patut dihapuskan.... -_- baru tegur sikit dah berang smpai pecah masuk rumah.... pastu boleh pula rkam gmbr bogel isteri org... orang macam tngkap dan masukkan selama 50 tahun... biar dia tahu apa itu penyesalan! sakit hati pula aq baca...

    BalasHapus
  5. niy bdk ppr ke hape niy? ke bdk dbkl?

    BalasHapus
  6. confirm keling

    BalasHapus
  7. Orang bodoh mmg macam tu..buat sesuatu benda x pikir langsung..Bebudak zaman sekarang..syukur Malaysia masih aman....

    BalasHapus
  8. keling memang biadap kat malaysia dtg ko sarawak pecah kapla lu

    BalasHapus
  9. wow..mesti la up diorang lepas nie..masuk jel jadi gengster pas kua..wow..hebat budak2 nie..

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top