KUALA LUMPUR : Seperti mana yang digembar-gemburkan, Yuna yang tidak dapat pulang daripada Los Angeles untuk mempersembahkan karya hasilannya di pentas Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) akhirnya telah mendapat pengganti yang selama ini menjadi teka-teki.

Walaupun sebelum ini Murai Batu melaporkan bahawa Uji Rashid akan menggalas tugas tersebut, namun atas sebab-sebab kesihatan menurut pengurusnya, penyanyi popular 70′an tersebut tidak dapat memikul tanggungjawab berat itu demi menjaga nama baik lagu Terukir Di Bintang.


Sumber daripada pihak penganjur AJL 27 dan Uji Rashid sendiri ada memberitahu pihak Murai.com.my mengenai hal ini dan akhirnya hasil nukilan Yuna, Terukir Di Bintang bakal di dendangkan oleh penyanyi berbakat besar, Aizat Amdan.

Setelah selesai sesi latihan dan raptai, pihak penganjur AJL terpaksa berbincang dan memohon Yuna Room Records mencari penyanyi gantian kerana penyanyi Uji Rashid yang dipilih oleh Yuna sendiri tidak dapat meneruskan hajat Yuna kerana masalah kesihatan yang dialaminya. Perkara ini diputuskan setelah Uji hadir untuk latihan dan raptai bagi AJL 27 yang bakal berlangsung, Ahad, 6 Januari ini.

Bintang yang pernah menggondol Anugerah Juara Lagu ke 24 tersebut kini dalam proses latihan bersama rakan muzik Yuna disini bagi persiapan akhir sebelum malam kemuncak AJL 27 Ahad ini. Aizat dipilih setelah pihak penganjur AJL 27 sendiri telah berbincang dengan pihak Yuna Room Records untuk memilih pengganti Uji Rashid.

Ketika ini pihak Murai.com.my masih cuba untuk mendapatkan keterangan daripada pihak Uji Rashid mahupun Yuna Room Records mengenai keputusan akhir mengenai siapakah pengganti Yuna dan kenapakah disaat akhir baru mereka dapat mencari siapakah pengganti Yuna untuk lagu Terukir Di Bintang itu.-murai.com.my

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top