Jangan makan dalam keadaan yang terganggu- Seseorang yang sedang makan sambil menonton televisyen atau sedang bermain komputer, kebarangkalian mereka akan menderita sakit pinggang amat tinggi. Selain daripada itu, hasil ujikaji daripada sukarelawan menunjukkan sesiapa yang sedang makan sambil membuat sesuatu akan makan 2 kali ganda lebih banyak berbanding daripada orang yang tidak melakukan apa-apa. Pemakanan yang tidak terkawal akan meninggalkan kesan dalam jangka masa yang panjang.
Banyakkan berjalan- Anda dinasihatkan untuk berjalan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum memulakan sesuatu kerja. Ini adalah cara mudah untuk memanaskan badan sebelum memulakan kerja yang lebih berat lagi.
Tutup televisyen atau komputer- Ambil masa sehari dalam masa seminggu untuk menjauhkan aktiviti seperti menonton televisyen atau komputer. Lakukan sesuatu yang lebih berbentuk fizikal seperti berjalan-jalan, melepak, bersembang bersama rakan dan sebagainya.
Jangan melakukan sesuatu kerja dalam satu jangka masa yang panjang- Sekiranya anda mempunyai suatu tugasan yang mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan, jangan cuba untuk selesaikannya sekaligus. Setiap setengah jam ambil masa untuk berehat sebentar sekurang-kurangnya 5 minit dan selepas itu sambung semula kerja yang ingin dilakukan. Ini adalah untuk mengurangkan tekanan terhadap otak anda.
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda