KOTA KINABALU: Bau busuk yang disangka bangkai tikus, rupa-rupanya berpunca daripada mayat bayi perempuan sudah berulat yang dipercayai dibuang sejak dua hari lalu di kawasan longgokan sampah di Kampung Warisan, Inanam Laut, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang, mayat bayi dipercayai baru dilahirkan itu ditemui dibungkus dalam plastik hitam selain dihurung lalat dan sudah berulat.
Mayat bayi itu ditemui Syazlin Izzah Adila Susilotomo, 11, ketika dia bermain bersama beberapa rakan di halaman rumah sebelum terhidu bau busuk.
[DASYAT!!] [VIDEO]Remaja ini mengaku tidur dengan 300 orang lelaki,buat seks dikatil ibunya
[GILA!!]Warren beatty pernah tidur dengan 12,000 orang wanita
“Saya dan rakan terhidu bau busuk. Saya ingatkan bau bangkai, tapi selepas diperiksa, saya mendapati ia datang daripada satu bungkusan plastik bersama longgokan sampah di kawasan berhampiran,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Menurutnya, sebaik plastik itu dibuka, dia terkejut mendapati bungkusan itu dipenuhi ulat selain mengandungi objek seperti patung bayi sebelum memanggil bapa saudara yang kebetulan berada di dalam rumah.-hmetro
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda