SEORANG pelajar (berbaju kurung) yang merupakan ibu kepada bayi perempuan yang dibuang ke dalam sungai Oktober lalu dituduh menyebabkan kematian anak tersebut di Mahkamah Majistret Kangar, Perlis semalam.

KANGAR – Seorang pelajar yang merupakan ibu kepada bayi perempuan yang dibuang ke dalam Sungai Berembang di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat di sini pada Oktober lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kematian anaknya itu.

Tertuduh yang berusia 17 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu di dalam tandas di sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kampung di sini antara pukul 12.30 tengah hari sehingga pukul 5.30 petang pada 24 Oktober lalu.


Semasa kejadian, pelajar itu baru melahirkan anaknya itu.



Pelajar itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Zuhair Rosli.

Dia dituduh mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Zuhair membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dan seorang penjamin yang hanya terdiri sama ada ibu atau bapa pelajar itu sahaja.-kosmo

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top