Padah Raba Punggung Pelajar
KUALA TERENGGANU : Padah memegang punggung seorang pelajar tingkatan lima, seorang penganggur berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan kerana mencabul.
Tertuduh, Mohd Khairul Mat Amin, 28, dari Kampung Bukit Depu, Jalan Pasir Panjang, di sini, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Mohd Khairul mengaku menyentuh punggung mangsa berusia 17 tahun menggunakan tangan dengan niat mencabul kehormatan dirinya di lorong gelap di Jalan Pejabat Tanah, di sini, kira-kira jam 8.15 malam pada 30 Ogos lalu.
Bagaimanapun, Majistret Noradila Ab Latif menetapkan 13 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk jatuh hukum dan membenarkan Mohd Khairul diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna, manakala Mohd Khairul tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian mangsa bersama kakak angkatnya dalam perjalanan ke kelas tambahan di Losong, Chabang Tiga, di sini, dengan menaiki motosikal sebelum diekori Mohd Khairul.
Ketika tiba di satu lorong gelap, Mohd Khairul yang menaiki motosikal menghimpit mangsa dan cuba memegang buah dada kakak angkat mangsa tetapi tidak berjaya.
Namun, Mohd Khairul sekali lagi menghimpit motosikal dinaiki mangsa dan meraba punggung mangsa dari arah belakang menyebabkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga. – Sinar Harian
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda