PETALING JAYA: Penyanyi Ning Baizura enggan mengambil risiko untuk mencuba kaedah bersalin dalam air walaupun ia kian menjadi 'trend' baru bagi ibu yang bakal melahirkan anak.

Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah, 37, berkata dia agak takut dengan kelahiran cara itu lebih-lebih lagi ia belum lagi dipraktikkan secara meluas di Malaysia.

"Walaupun bersalin dalam air sudah menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat, tetapi saya tidak yakin untuk melakukannya kerana di negara ini pendedahan kaedah itu masih baru.


[DASYAT!!] [VIDEO]Remaja ini mengaku tidur dengan 300 orang lelaki,buat seks dikatil ibunya

[GILA!!]Warren beatty pernah tidur dengan 12,000 orang wanita
"Difahamkan pula, ia memerlukan pelbagai persiapan rapi sebelum menempuh proses kelahiran bayi.

"Memandangkan bayi yang saya kandungkan ini merupakan anak sulung, saya dan suami (Omar Sharif Christopher Layton Dalton) enggan mengambil sebarang risiko," katanya.

Difahamkan, proses bersalin dalam air dikategorikan sebagai bersalin secara normal di mana ia menggunakan kaedah berbeza daripada biasa dan penggunaannya telah meluas di negara Eropah,Amerika,Australia dan beberapa negara Asia seperti Indonesia.

Kaedah itu juga wujud sejak tahun 1800-an dan Rusia merupakan negara pertama yang mengamalkannya serta telah diperkembangkan lagi oleh seorang doktor di Perancis pada tahun 1997. Pada tahun 1980-1990, ia mulai meluas di Eropah dan Amerika dan 2004 di Indonesia.

Berdasarkan rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tiada sebarang kematian yang melibatkan kaedah bersalin di dalam air ini.

Bagaimanapun, tambah Ning, selepas mendengar pelbagai nasihat menceritakan kebaikan dan keburukan kaedah itu, Ning memutuskan dia lebih senang dan lega jika bakal anaknya itu dilahirkan secara normal.

"Apabila orang berkata tentang keburukannya di mana bayi yang dilahirkan mungkin boleh lemas walaupun peratusannya sangat kecil, saya enggan ambil risiko.

"Biarlah anak ini dilahirkan normal dan asalkan dia sihat, itu sudah lebih daripada cukup," tuturnya.

Sementara itu, Ning merancang untuk menghasilkan sebuah album kanak-kanak sempena kehadiran cahaya mata itu selepas enam bulan bersalin yang dijangka pada bulan Februari tahun depan.-mstar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top