NEW YORK, 13 DIS 2012: Aktres Manisha Koirala yang telah berada di Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah kesihatannta telah selamat menjalani pembedahan di New York pada Isnin lalu untuk membuang penyakit kanser ovari yang dihidapinya.

"Manisha menjalani pembedahan tersebut pada Isnin lalu, kira-kira jam 9 pagi waktu di sana. Saya menerima mesej daripada ahli keluarganya dan mereka memberitahu bahawa pembedahan tersebut adalah sukses.


"Selain ibu bapa dan adik-beradik, Manisha juga turut ditemani oleh beberapa rakan rapatnya di sana," kata pengurus Manisha Koirala, Subroto Ghosh kepada IANS.

Sebelum ini telah timbul beberapa spekulasi mengenai penyakit yang dihidapi oleh Manisha Koirala selepas dia dimasukkan ke Hospital Jaslok, Mumbai pada 28 November lalu.



Namun, keluarga Manisha tidak mahu mengesahkan tentang penyakit kanser yang dihidapinya. Manisha kemudian dilaporkan terbang ke Amwerika Syarikat bersama keluarganya pada 6 Disember 2012 lalu untuk mendapatkan rawatan.

Pada tarikh yang sama pengurusnya, Subroto Ghosh mengesahkan kepada pihak media bahawa Manisha Koirala telah menghidapi penyakit kanser ovari dan bakal menjalani pembedahan di New York.

Manisha pula di dalam akaun facebook rasminya mengakui bahawa dia sendiri terkejut apabila mendapat tahu tentang penyakitnya tetapi dalam waktu yang sama, dia yakin penyakit itu dapat dipulihkan.

"Kepada semua, terima kasih di atas segala doa dan ucapan yang diberikan. Syukur saya berada di dalam keadan yang baik. Dengan doa dan kasih sayang semua, saya percaya saya akan pulih.

"Saya sendiri terkejut mendapat tahu tentang penyakit ini, tapi hendak buat macamana, kehidupan kita ini memang sentiasa penuh dengan kejutannya," katanya Maniska Koirala, 42.


Aktres kelahiran Nepal yang datang dari keluarga politik yang berpengaruh ini telah membintangi banyak filem Bollywood. Antaranya ialah Mann, Dil Se dan 1942: A Love Story. Dia memulakan kerjaya lakonannya menerusi filem Saudagar pada 1991 dan membuat comeback semula menerusi filem Ram Gopal Varma, Bhoot Returns.

sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top