NOR ARIF dijaga neneknya Tuan Kembang Tuan Muda di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu nasib seorang budak lelaki berusia empat tahun apabila tangan kanannya yang patah setelah terjatuh tangga rumah pada Rabu lalu kini membengkak dan berwarna kehitaman.

Ia gara-gara tindakan bapa mangsa, Nor Azhadi Nordin, 35, mendapatkan khidmat seorang bomoh patah untuk merawat anaknya, Nor Arif Luqman yang bertindak membalut luka tangannya yang patah itu dengan kain.


[PANAS!!]Masa Pakai Baju Tu Tak Nampak Pun Macam Jarang, Kata Neelofa

[WOW!!]Aksi Pelajar AF 5 yang terlampau

Bagaimanapun tindakan bomoh tersebut bukannya membantu memulihkan tangan budak itu sebaliknya menyebabkan ia membengkak dan berubah warna menjadi hitam.

Bimbang dengan keadaan itu, Azhadi dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Doktor yang merawat anaknya itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada tangan anaknya itu masih boleh diselamatkan atau tidak.

Azhadi memberitahu, anaknya terjatuh dari tangga ketika bermain di rumah di Kampung Telaga, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada pukul 2.30 petang.

“Apabila rasa sakit, anak saya beritahu tangan dia patah dan atas nasihat ahli keluarga, saya bawa dia jumpa bomoh di Kampung Dusun sejauh 15 kilometer dari rumah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.-kosmo

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top