Seorang gadis Yaman berumur 13 tahun, mati selepas empat hari dikahwinkan oleh keluarga dengan lelaki yang jauh lebih tua dari umur kanak-kanak tersebut, menurut sebuah kumpulan hak asasi manusia tempatan…..

Ilham Mahdi al Assi meninggal dunia di sebuah hospital di daerah Hajja, menurut Shaqaeq Arab Forum untuk Hak Asasi Manusia, memetik satu laporan perubatan dari hospital al-Thawra yang mengatakan bahawa pengantin kanak-kanak perempuan itu mengalami kecederaan alat kelamin dengan pendarahan yang teruk.


Ilham adalah mangsa penganiayaan di Yaman dan satu contoh yang jelas akibat membenarkan perkahwinan tanpa had umur, menurut SAF.

Gadis tersebut berkahwin dalam satu perkahwinan tradisi yang dikenali sebagai ‘perkahwinan pertukaran’, dimana abang pengantin perempuan mengahwini adik pengantin lelaki.

Kemiskinan di Yaman menjadi punca utama, dimana keluarga miskin amat sukar untuk mengatakan ‘tidak’ bila ditawarkan beratus-ratus dollar untuk mengahwinkan anak mereka. Lebih dua puluh lima peratus gadis Yaman berkahwin di bawah umur 15 tahun.

Isu pengantin kanak-kanak perempuan mendapat perhatian meluas tiga tahun lalu bila seorang kanak-kanak 8 tahun melarikan diri selepas perkahwinannya dengan lelaki berusia 30an dan meminta perlindungan mahkamah. Dia diceraikan bila menang dalam perbicaraan.

Seorang isteri, kanak-kanak berumur 12 tahun mati setelah berjuang selama tiga hari untuk melahirkan anak, Yaman pernah menetapkan 15 tahun sebagai usia minimum untuk berkahwin, tetapi parlimen membatalkan undang-undang pada 1990an, dengan alasan ibu bapa berhak memutuskan bila untuk menikahkan anak gadis mereka.



sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top