Percintaan yang dibina oleh bekas penyanyi kumpulan Exists dengan kekasihnya selama empat tahun tidak sempat berakhir ke jinjang pelamin walaupun kedua-dua mereka sudah bertunang.

Ezad Lazin, 33 mengakui dia dan bekas tunangnya, Asliza Abdullah sepatutnya sudah mendirikan rumah tangga sekitar Julai lalu namun tidak kesampaian.

“Nak buat macam mana, mungkin kami tiada jodoh untuk hidup bersama.
“Lain yang dirancang lain pula jadinya,” katanya yang dipetik menerusi Mstar, semalam.

Tambahnya, kejadian seumpama ini adalah yang pertama kali terjadi di dalam hidupnya.
“Inilah kali pertama saya melalui pengalaman putus tunang dan ia bukannya mudah kerana saya begitu serius dengan perhubungan ini.

“Bagaimanapun saya masih lagi mengharapkan sesuatu yang baik terjadi antara kami, manalah tahu…,” katanya.

Ezad dan Azliza telah bertunang pada 1 Jun lalu.
Terdapat perkhabaran yang mengatakan pertunangan itu terputus kerana pihak perempuan tidak bersungguh-sungguh.

Namun, Ezad meminta tidak ada sesiapa yang patut disalahkan di dalam hal ini.
“Ia hanya satu pengajaran dan iktibar yang besar buat kami berdua,” katanya.-mstar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top