Gambar sekadar hiasan


WAKTU kecil ditimang ibu, tetapi bila dah besar dilambung perasaan sehingga sanggup meninggalkan keluarga. Menurut sumber rapat seorang artis, sejak artis berkenaan mula meraih populariti, dia tidak lagi tinggal bersama keluarganya, tetapi dikatakan sudah berpindah ke rumah teman lelakinya.

SS difahamkan yang artis itu berasal dari keluarga yang sederhana di sebuah pangsapuri di ibu kota. Jika demikian ceritanya, apalah yang nak dimalukan kerana bukan semua mereka yang berjaya berasal dari keluarga kaya raya.


Ada yang terpaksa hidup merempat sebelum dapat duduk di banglo mewah dan memandu kereta besar, asalkan ada usaha pasti akan berjaya.

Berbalik kepada kisah artis ini tadi, menurut cerita sejak namanya menjadi sebutan ramai dan wajah jelitanya kerap menghiasi akhbar serta majalah, dia dah lupa asal usul sehingga ibu bapanya pun diketepikan.



[WOW!!]Aksi Pelajar AF 5 yang terlampau


Namun dek kerana masih mahu menjaga nama baik darah daging sendiri, terpaksalah keluarganya mendiamkan diri. Hanya doa mampu mereka titipkan agar anak yang disayangi pulang ke pangkal jalan.

Sebelum ini pun, SS pernah dengar cerita yang artis ini sekarang tinggal bersama teman lelakinya, cuma SS tak pasti sama ada mereka tinggal berdua ataupun bersama keluarga teman lelakinya itu.

Menurut kru produksi, teman lelakinya itu selalu juga menemaninya di lokasi. Setakat nak menemani tidak menjadi masalah tetapi yang kru tidak berapa berkenan apabila mereka turut beraksi sekali.

Artis itu muda lagi dan perjalanannya masih panjang, sama ada sebagai insan atau pun artis. Jangan mudah khayal dengan permainan dunia, kelak ditinggalkan pergi, ke mana nak membawa diri.

Bagaimanapun, SS pasti sebanyak mana nasihat yang diberikan pasti masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Orang sedang diulit glamor, tentu saja dia berasakan segala yang ada di sekelilingnya, dia yang punya.

Jangan nanti, sudah terhantuk baru nak terngadah. SS yakin jika artis itu terus hanyut dengan kehidupannya sekarang, nescaya kerjaya seninya tidak akan ke mana, apatah lagi dia juga tidak lagi mengutamakan keluarga sendiri sedangkan doa ibu amat perlu untuk kita mencari keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

SS: Ada juga berkawan dengan orang yang tak fikir panjang.-soseh-soseh@hmetro

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top