AAMIR KHAN yang baru muncul dengan filem seram terbaharu lakonannya, Talaash berikrar mahu bertemu dengan hantu sebenar.

Bagi merealisasikan impiannya itu, Aamir merancang untuk berkunjung ke sebuah bandar berhantu di negeri Rajasthan iaitu Bhangarh.


Menurut laporan agensi berita India, IANS, Aamir bakal sampai ke Jaipur pada pagi Khamis ini sebelum meneruskan perjalanan ke Bhangarh yang terletak 80 kilometer dari Jaipur.

Ujar sumber: “Aamir Khan sememangnya sangat teruja untuk mengunjungi Bhangarh secepat mungkin.”

Menurut cerita legenda, Bhangarh merupakan sebuah bandar yang telah disumpah dan ia merupakan salah satu tempat paling berhantu di India.-kosmo

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top