Memang sangat gempar apabila Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan telah ditangkap khalwat dengan ketua pengarah kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman. Berdasarkan maklumat, Wan Syarifah merupakan seorang jururawat dan juga merupakan isteri kepada orang lain.


Petikan Akhbar Isu engarah Kesihatan Khalwat

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat. Jika Dr Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan. Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi.



Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu. Mereka membayar denda itu. Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini.






Sumber: Gambar Kes Khalwat Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan | melvister.com 


Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top