KL, 18 NOV 2012: Rasa Murai Batu belum terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah buat penyanyi senior, Nora di atas kemenangannya di dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia 19 (AIM 19) menerusi kategori 2 kategori iaitu Rakaman Album Terbaik untuk album Doa dan Lagu Nasyid Terbaik (Doa).

Kemenangan Nora di dalam kategori ini sangat menarik bagi Murai Batu kerana ia membuktikan bahawa konsep muzik yang lebih Islamik, kerohanian serta ketuhanan pun boleh dibawakan oleh penyanyi yang pada asasnya datang daripada genre muzik yang sekular.

Malah, penghasilan album Doa juga bagi Murai Batu sangat menepati kehendak kebanyakan pendengar muzik yang lebih gemarkan lagu-lagu Islamik, kerohanian serta ketuhanan dalam bentuk yang lebih segar dan relevan dengan perkembangan muzik semasa dan bukannya konservatif sepertimana lagu-lagu nasyid yang tipikal.

Dalam waktu yang sama, ia turut membuktikan bahawa penyanyi senior seperti, selain Noraniza Idris dan Jamal Abdillah juga masih mampu memberikan kejutan di dalam industri muzik tempatan dengan karya-karya lagu yang bermutu atau corak nyanyian yang tiada taranya.

Dan siapa sangka, sehari sebelum AIM 19 berlangsung, Nora dan suaminya, komposer Johan Nawawi telah dikurniakan cahayamata keempat. Seorang puteri, cahayamata keempat mereka itu diberikan nama yang cukup indah iaitu Putri Nur Fatihah.

Kelahiran Putri Nir Fatihah juga turut melengkapkan bilangan zuriat Nora Dan Johan. Sebelum ini, mereka dikurniakan 3 cahamayata iaitu Syakir Iman (lelaki), Syakir Alif (lelaki) dan Putri Nur Dahlia (perempuan). Kini, lengkaplah cahayamata mereka dengan sepasang anak lelaki dan sepasang anak perempuan.
Tahniah sekali Nora. Murai Batu percaya, itulah rezeki anak, namanya..

MURAIBATU

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top