Jenama pakaian antarabangsa, Sorella telah melantik pelakon jelita Maya Karin sebagai duta rangkaian terbarunya, Angel Series. Wajah pan-Asia Maya tidak dinafikan salah satu faktor di sebalik pemilihannya.


Selain itu, personaliti Maya yang rendah diri, cantik dan elegan dikatakan gambaran yang cukup melambangkan jenama Sorella. Nama Maya melonjak naik sejak lakonannya dalam ‘Ombak Rindu’ yang menjadi fenomena filem romantik industri perfileman tempatan.

“Kami percaya bahawa penampilan Maya benar-benar menggambarkan seorang wanita Sorella yang membawa gaya hidup yang sihat dan penuh yakin,” kata Ng Kok Soo selaku pengurus jenama Sorella ketika di temui di majlis pelantikan duta jenama tersebut di Pavilion baru-baru ini.



Maya yang turut hadir di majlis tersebut menegaskan yang pakaian dalam sama penting dengan pakaian luar. Dia tidak menafikan ramai yang memandang remeh hal ini.

 “Saya mementingkan kualiti dalam segala-galanya dan Angel Series memberi jaminan keselesaan serta memberi keyakinan ketika melakukan aktiviti luar yang saya minati,” katanya.

Dia turut menambah yang walaupun dilantik sebagai duta jenama tersebut namun dia telah meletakkan syarat bahawa dia tidak akan tampil terlalu seksi dalam memperagakan pakaian dalam itu. Pihak Sorella juga telah bersetuju di awal perjanjian dengan syarat-syarat yang dikenakan Maya. – Gua.com.my

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top