NUS Tamatkan Biasiswa Blogger Se ks
SINGAPURA: The National University of Singapore (NUS) telah menamatkan biasiswa blogger seks Alvin Tan.
The Straits Times melaporkan sumber memberitahu bahawa pemegang biasiswa Asean itu tidak disingkirkan tetapi perlu membayar penuh yuran tanpa subsidi yang perlu dibayar pelajar asing untuk tahun akhir pengajian di Sekolah Undang-Undang NUS.
Pendedahan dibuat pada hari yang sama Parlimen membincangkan mengenai kelakuan Tan.
Semasa perbahasan dalam Dewan, Menteri Pendidikan Heng Swee Keat mengutuk sekeras-kerasnya tingkah laku Tan dengan mengatakan ia adalah perbuatan “tercela dan tidak patut menerima biasiswa”.
Walaupun Menteri tidak mendedahkan butir-butir hukuman, beliau menyatakan keyakinan bahawa pengurusan NUS mengambil serius perkara itu dan akan melakukan perkara yang betul. – THE STRAITS TIMES / ANN
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda