Musim cuti sekolah sudah pun bermula sejak beberapa hari lalu. Ada diantara anak-anak yang telah merancang jadual untuk bercuti bersama keluarga.

Tidak kurang juga ada yang hanya duduk di rumah memandangkan ibu bapa sibuk bekerja.

Bagi mereka yang tidak ada sebarang aktiviti untuk dilakukan, ramai yang mengambil jalan dengan hanya duduk di depan gajet masing-masing sambil melayari internet.


Tetapi tahukah anda pelajar yang menggunakan cuti sekolah untuk melayari laman sosial selama tiga hingga tujuh jam sehari berkemungkinan menghidap kemurungan pada masa depan?


Risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental berlaku kerana kurang pergaulan.

Golongan terbabit berdepan masalah menyerap tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling, iaitu ‘copy skills’.

Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah, berkata bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka keluar bersosial secara sihat.

Khususnya ketika musim sekolah, supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing, berkata pihaknya menghadapi cabaran besar meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggapan menyamakan maksud kesihatan mental dan penyakit mental.

“Kesihatan mental adalah membabitkan semua ahli masyarakat berbeza manakala penyakit mental cuma membabitkan individu tertentu saja,” katanya.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top