“Sejujur-jujurnya saya katakan yang saya memang solo dan sungguh gembira dengan kerja,keluarga serta rakan-rakan. Tidak dinafikan saya selesa berkawan rapat dengan Remy dan tidak lebih dari itu,”kata Maya Karin ketika ditemui di majlis Sorella di Pavilion,Kuala Lumpur baru-baru ini.


Rasanya ramai yang sedia maklum tentang kisah gossip pelakon cantik, Maya Karin dan pelakon Remy Ishak yang dikatakan konon  sedang bercinta.


Gossip Maya dan Remy timbul apabila dua selebriti tersebut diliihat keluar makan bersama di sebuah restoran Jepun sebelum Maya memulakan ekspedisinya memanjat gunung Tserko Ri di Nepal.

Maya turut merasakan yang hal ini menjadi hangat gara-gara Remy yang sudah kembali solo setelah berpisah dengan Tiz Zaqyah.

Maya di samping itu menegaskan yang dia tidak selesa berkongsi soal hati di media kerana merasakan hal ini terlalu peribadi.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top