KASIH... Norhayati memangku Alya.
KUALA LUMPUR: Tiga wanita ini layak digelar ibu mithali kerana berjiwa kental dalam mengharungi pelbagai dugaan menjaga anak kurang upaya kritikal terlantar (AKUKT).
Ujian mereka sungguh hebat. Nooriani Mat Noh, 38, terpaksa menerima hakikat memiliki anak istimewa selepas kehilangan dua anak pertama; anak Norhayati Mohd Idris, 37, pula menghidap sekurang-kurangnya lima penyakit serius, manakala Fatiah Man, 41, kerap tidur malam dalam keadaan duduk sambil memeluk anak istimewanya.
Ketiga-tiga kanak-kanak itu mengalami masalah cerebral palsy (CP), menyebabkan mereka tidak mampu berdikari selain menghidap pelbagai jenis penyakit lain yang memerlukan penjagaan sepenuh masa.
LAHIR AWAL... Tasha kanak-kanak albino penghidap CP.
CP atau bahasa mudahnya lumpuh otak adalah satu kategori ketidakupayaan perkembangan apabila bahagian otak tertentu yang mengawal koordinasi dan pergerakan otot dalam badan seseorang mengalami kerosakan.
Ikuti pengalaman tiga wanita tabah ini ketika ditemui Metro Ahad di Pusat Perlindungan dan Jagaan Persatuan Sokongan Ibu dan Anak Kurang Upaya Azwar Kuala Lumpur dan Selangor (Psiaku Azwar) di Taman Batu Muda, Batu Caves, di sini.-hmetro
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda