Hanez Suraya nafi sengaja cari masalah dengan isteri Amy Search
KUALA LUMPUR : Pelakon Hanez Suraya menafikan dia sengaja mencari masalah dengan isteri kepada rocker Amy Search, Nourish sebagaimana yang tertera di dalam laporan akhbar Harian Metro, semalam.
“Betul memang saya ada tulis kenyataan yang mengatakan dia tidak profesional. Tapi, saya buat kenyataan itu pun selepas dia sendiri tidak mahu berjumpa dan berdepan dengan saya.
“Apa yang berlaku sebelum ini hanya melibatkan saya dengan abang Amy berdasarkan kepada kenyataannya di dalam twitter yang mengatakan saya sombong sewaktu menjayakan Anugerah Blokbuster 2012 baru-baru ini.
“Saya terima dan mengaku bahawa itu salah saya walaupun saya bukan melakukannya dengan sengaja. Kemudian Nourish datang ke sebuah bank untuk melakukan urusan.
“Kebetulan kakitangan yang berurusan dengannya itu adalah adik saya. Dia bertanya kepada kakitangan tersebut, sama ada awak adalah adik Hanez Suraya.
“Dia pun terus beritahu adik saya tentang insiden di Anugerah Blokbuster 2012 itu. Adik saya kata tak mahu masuk campur. Betullahkan kata adik sayakan Dia pun sambung cakap lagi pasal hal itu,” katanya kepada murai.com.my.
Menyifatkan tindakan isteri Amy itu sebagai tidak profesional, Hanez Suraya berkata dia telah meletakkan status itu di dalam Instagram.
“Agaknya dia (Nourish), dia tulis macam-macam di dalam Instagram itu. Saya tidak mahu jawab apa-apa. Kemudian, seorang rakan saya yang kebetulan adalah rakannya jadi orang tengah untuk temukan kami berdua. Tapi, dia tidak mahu pulak jumpa. Itulah yang peliknya,” katanya.
Hanez Suraya berkata lagi, dia sendiri pun tidak tahu apa masalah isteri Amy Search itu dengan dia.
“Setahu saya, saya tiada masalah langsung dengan dia. Bila hendak jumpa tak mahu pula. Saya sedia berjumpa dengan dia sebab bagi saya, saya tidak ada buat salah apa pun dengan dia.
“Entahlah, malas saya nak fikirkan pasal dia lagi. Mungkin dia sengaja hendak panaskan keadaan kot. Mungkin juga dia lebih suka saya membalas apa yang ditulisnya di dalam Instagram itu supaya orang fikir saya ini yang teruk,” katanya lagi. – Murai
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda