Gopinathan dan Azamuddin digugurkan
Pemain tengah R.Gopinathan dan Azamudduin Akil telah digugurkan dari skuad kebangsaan untuk Piala Suzuki AFF 2012.
Jurulatih Datuk K.Rajagobal masih belum menamakan skuad akhir bagi kejohanan yang akan bermula Ahad ini dan memberitahu bahawa pasukan sudah memiliki pemain tengah yang cukup.
"Saya mengugurkan dua pemain itu sebelum kami berangkat untuk kem motivasi di Pulau Pangkor Jumaat lepas. Saya mahu pemain-pemain faham bahawa mereka bertanggungjawab untuk beraksi dengan baik," kata Rajagobal kepada Sports247.my
"Pasukan kini memiliki pemain tengah yang cukup dan seperti yang saya katakan sebelum ini, saya hanya akan memilih 22 pemain terbaik dan 22 pemain ini diharap sudah bersedia untuk memulakan kempen," tambahnya lagi.
Beliau juga menyatakan bahawa pasukan sekarang fokus dalam persiapan Piala Suzuki AFF 2012 walaupun dikritik sejak kebelakangan ini.
"Orang ramai patut faham mereka tidak boleh bandingkan pasukan tahun ini dengan tahun 2010. Para pemain dan jurulatih adalah berbeza, begitu juga semangat kami," jelasnya.
sumber Espnstar.my
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda