LONDON – Bintang bolasepak, Cesc Fabregas mencetuskan kontroversi selepas dia didakwa mengadakan hubungan sulit dengan seorang wanita yang merupakan isteri kepada seorang jutawan, Elie Taktouk.
Jutawan berkenaan ketika mendedahkan perkara berkenaan berkata, dia mengetahui mengenai hubungan berkenaan selepas melihat gambar bekas bintang Arsenal itu di dalam akhbar dengan seorang wanita misteri ketika sedang bercuti, pada Jun tahun lalu.
Rupanya wanita di dalam gambar berkenaan adalah isterinya, Daniella Semaan, 38.
Kedua-duanya kini sudah bercerai.
“Saya menjadi seperti orang dungu dan terkejut selama beberapa bulan.Menurut jutawan hartanah itu, sebaik sahaja dia melihat foto pasangan itu disiarkan dalam akhbar, Taktouk menjadi jijik dengan perbuatan isterinya.
“Saya cuba menafikannya namun saya tidak mahu wanita itu kembali,’’ katanya.
“Ketika itu saya dan Daniella, sedang mencuba untuk mendapatkan anak ketiga,’’ katanya.
Pasangan berkenaan mempunyai dua lagi anak berusia 11 dan lapan tahun.
Jelasnya, dia tidak terkejut dengan tindakan Fabregas memandangkan bintang bola sepak itu masih muda dan mudah dipengaruhi.
Sebaliknya, kata Elie, Daniella yang telah menggoda bintang bola sepak tersebut .
“Wanita itu memburunya dan selepas dia mendapat wang, dia akan meninggalkan Fabregas kerana Fabregas bukannya David Beckham,’’ katanya.
Tartouk yang menetap di Knightsbridge, West London, berkata dia mengahwini wanita itu pada 1998 di Lubnan.
Fabregas, yang meninggalkan Arsenal bagi menyertai Barcelona dengan nilai perpindahan £25 juta, telah berpisah dengan kekasihnya, Carla Garcia dan sejak itu dia dilihat bersama dengan Daniella.-mynewshub
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda