JERANTUT — Seorang anggota ekspedisi Jabatan Muzium Negara yang hilang ketika mendaki Gunung Benom dekat sini tiga hari lepas, ditemui dalam keadaan selamat hari ini.

Nur Liyana Mohd. Tahir, 25, ditemui penduduk yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat berdekatan hutan di Kampung Perlok Ulu Cheka dekat Jerantut pukul 9.30 pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt. Mohd. Azid Ismail berkata, mangsa berada dalam keadaan keletihan dan telah dihantar ke Hospital Jerantut untuk pemeriksaan lanjut.

"Nur Liyana adalah antara 13 anggota ekspedisi Jabatan Muzium Negara yang mendaki Gunung Benom pada 15 November lalu. Beliau hanya disedari hilang oleh anggota rombongan pada jam 10.30 pagi kelmarin ketika berhenti di hentian tiga di kawasan Permatang Angin, di puncak gunung tersebut," katanya di sini hari ini.—BERNAMA

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top