ALOR GAJAH : Seorang warga emas yang mengalami sakit tua terpaksa menunggu dua jam untuk menerima bantuan ambulans.

Bagaimanapun Teguh Ithnin, 63, lelaki Orang Asli disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah (HAG) pada jam 9.46 malam, semalam.


Menurut Moktar, dia ditugaskan ke Perkampungan Orang Asli Bukit Besar, Machap Umboo, Melaka untuk mengambil pesakit yang dilaporkan tenat, namun gagal tiba pada masanya apabila ambulans terkandas di tengah jalan.


wow....sangat kreatif,Jom lihat gambar² apartment yang telah diubahsuai

Tak masuk akal!!!Cuma senyum tetapi dibayar RM50,000?dunia akhir zaman

Katanya, ketika tiba di suatu lokasi, ambulans tersekat berikutan laluan tanah merah dan berselut serta berlopak hingga menyekat pergerakan.

“Pada jam 6.30 petang, ambulans sudah melalui separuh jalan pada jarak kira-kira 1.5 kilometer dari jalan besar sebelum keempat-empat tayar tersekat.

“Saya bersama dua rakan setugas kemudian dibantu penduduk berdekatan cuba menolak ambulans, namun gagal.

“Lantas, saya menghubungi JPAM Alor Gajah untuk meminta bantuan mereka supaya datang membantu warga emas berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Leftenan Muda Hamdan Mohd Saat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan hospital meminta bantuan jam 7 malam.-hmetro

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top